Realtime website trackingweb stats

‘Jangan guna alasan ada kad OKU pulak’ – Pemandu biadap halang ambulans dicari

Oleh ABDULLAH HAMID

Pemandu biadap yang menghalang laluan ambulans pada petang 25 Januari lalu diharap tidak menggunakan alasan pekak atau pun pemegang kad OKU.

Itu antara sindiran warganet selepas tular rakaman video memaparkan sikap pemandu sebuah kereta yang menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Susulan itu, polis sedang mengesan pemandu kereta terbabit.

'Jangan guna alasan ada kad OKU pulak' - Pemandu biadap halang ambulans dicari

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian.

“Bagaimanapun pemilik atau pemandu kereta akan dikesan untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor BH.

Menerusi rakaman video yang tular, pemandu berkenaan dilihat berdegil berada di lorong kanan serta melilau enggan memberi laluan kepada ambulans.

Sikap pemandu kereta itu mengundang kecaman lantaran siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian.

Pemandu biadap itu juga dilihat sengaja menghalang laluan ambulans apabila bertindak masuk ke laluan sama apabila kenderaan hospital itu cuba beralih ke laluan kanan dan ke kiri apabila ambulans mahu memotong.

Baca:

Pemandu bas gaji hampir RM18,000, ribuan mohon tapi hanya yang kosong ini saja

Jika masih bazir makanan, mereka sudah terpaksa kisar makanan haiwan elak kebulur

‘Penat saya bayar….’ pemilik Suka Dessert jawab tuduhan guna coklat murah