Bil barang dapur cecah RM1900!
Terkejut cashier dan saya apabila jumlah bil sehingga RM1882.16.
Juruwang lelaki tersebut bertanya kepada saya, betul ke abang beli harga banyak ni?
Saya jawab, takkan la barang dapur dan makanan sampai macam tu harga dia?
Dia kemudiannya meminta bantuan daripada seorang staf wanita yang ada berdekatan.
Dia tengok barang dalam troli yang dah siap dalam plastik.
Saya tanya, nak kena letak balik ke semua barang?
Cashier cakap tak perlu dan minta untuk saya tunggu sekejap. Lepas dapat tahu apa puncanya rupanya Serai yang saya beli pihak mereka tersilap letak harga sampai RM1746.
Lalu staf wanita tersebut pergi ke bahagian label tanda harga di bahagian sayur untuk dapat harga yang betul dan ianya RM0.45 sahaja.
Saya secara berseloroh tanya, “andai kata, saya terbayar dulu tadi (sebab guna kad), boleh refund ke?”.
Cashier jawab, “kalau abang dah swipe bayar tadi, memang sayalah yang bertanggungjawab kena ganti.”
Apapun tahniah pada mereka berdua kerana selesaikan perkara ini dengan pantas dan baik tanpa membiarkan pelanggan tunggu lama.
Untuk makluman daun ketum atas serai tu daun ketumbar ya tuan puan. Kang tak pasal Tesco saman aku.
Baca:
Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen
Satu-satunya aplikasi paling efisyen untuk transfer gambar dari fon ke laptop
Anak mengamuk minta telefon – Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat