Realtime website trackingweb stats

‘Lagi untung jual seluar dalam masam’ – Doktor on call dedah cara buat duit tepi

Oleh NURAIMAN

Benar-benar mencabar dari segi mental dan fizikal apabila seorang doktor dipanggil bertugas (on call) di luar waktu pejabat.

On call merujuk kepada doktor yang ditugaskan untuk bekerja lebih masa selepas waktu pejabat hingga keesokan hari.

Walaupun penat bekerja berjam-jam, mereka akan menerima elaun tambahan sebagai ganjaran atas tugas tambahan tersebut.

'Lagi untung jual seluar dalam masam' - Doktor on call dedah cara buat duit tepi

Seorang doktor yang berkhidmat di sebuah hospital turut merasai pengalaman ini, dan beliau tidak merungut tentang kepenatannya, malahan beliau teruja untuk berkongsi ‘sisi gelap’ pengalaman bertugas lebih masa tersebut setiap kali berlaku.

“Aku doktor kat hospital. Ada hari aku kerja 36 jam secara terus sebelum pulang ke rumah,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Walaupun dia bekerja dalam tempoh yang panjang, sebenarnya dia mempunyai idea untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Katanya, apa yang dia lakukan itu sangat mudah tetapi menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual pakaian dalam.

“Seluar dalam masam yang aku pakai masa on call tu aku jual laku gila weh. Lagi banyak dapat daripada elaun on call aku RM200 sekali on call,” ujarnya.

Pakaian dalam itu pasti akan berbau apabila digunakan untuk masa yang lama, terutamanya jika pemakainya jenis yang kuat berpeluh.

Diketahui, seluar dalam tersebut menjadi menarik kerana ada permintaan yang ingin menjadikannya sebagai bentuk kepuasan seksual.

Secara tidak langsung, muncul idea untuk menjadikan seluar dalam yang berbau ini sebagai sumber pendapatan.

“Tengah fikir juga baik jual seluar dalam je dari kerja ni,” luahnya tanpa mendedahkan identitinya.

Di bahagian komen, ramai netizen terkejut dengan pendedahan tersebut dan ada segelintir yang menggambarkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak menyenangkan.

“Ada permintaan dan ada penawaran.

“Kesan doktor underpaid (dibayar gaji rendah).

“Orang sakit pergi jumpa doktor, tapi doktor pun ‘sakit’ tak boleh buat apa la.

“Sakit otak manusia sekarang ni, tak boleh brain (tak masuk akal),” antara komen netizen.

Baca:

Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen

Satu-satunya aplikasi paling efisyen untuk transfer gambar dari fon ke laptop

Anak mengamuk minta telefon – Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat