Realtime website trackingweb stats

Pemandu bas gaji hampir RM18,000, ribuan mohon tapi hanya yang kosong ini saja

Oleh FATIN AQILAH

Ribuan orang memohon untuk menjadi pemandu bas di Singapura yang ditawarkan gaji hampir RM18,000 (SG$5,000).

Namun, syarikat bas di republik itu hanya ada 10 jawatan pemandu bas saja diperlukan, lapor laman berita Mothership.

Syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas itu pada 15 Januari lalu.

Pemandu bas gaji hampir RM18,000, ribuan mohon tapi hanya yang kosong ini saja

Setakat ini, sebanyak 1,292 permohonan diterima dengan seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.

Namun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.

Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.

Baca:

Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen

Satu-satunya aplikasi paling efisyen untuk transfer gambar dari fon ke laptop

Anak mengamuk minta telefon – Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat