Realtime website trackingweb stats

Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen

Oleh AHMAD ISMAIL

Sebuah klip video pendek podcast yang menampilkan YouTuber Yousaf Iqbal telah menimbulkan kontroversi di kalangan netizen.

Dalam klip tersebut, Yousaf menyatakan pendapatnya bahawa pengalaman belajar di sekolah kurang bernilai.

Yousaf berpendapat bahwa ilmu yang diperoleh di sekolah seringkali tidak dapat digunakan dalam kehidupan harian.

Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen

Dia merasa malu ketika tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan dasar tentang agama dan kehidupan sehari-hari, seperti hukum-hukum dalam Islam.

“Memanglah dulu kita belajar (perkara) asas. Tetapi bila dah datang kepada latihan, pratikal yang ilmu itu perlu digunakan, kau jammed. Malunya.

“Bila aku look back dengan apa yang aku experince di sekolah dulu, SPM ini pun tak ada value langsung guys. Sekolah.. SPM ni pun.. kosong.

“The real value is this ilmu Allah Subhanahuwataala dowh. Aku tak boleh nak explain. Jangan nak buat the same mistake yang aku dah buat.

“Kau bayangkan, aku dah kahwin. Kadang itu contoh bini aku bleeding (haid). Kadang-kadang dia exceed days. Aku..”Berapa hari eh?”, “Eh ini darah apa eh?”, “Kalau macam ni, apa yang aku kena buat? Dah boleh solat ke belum eh?”. Bapak malu siak.

“Kau husband tapi kau tak boleh nak jawab soalan itu. So, macam tu baru sikit. Belum anak kau pula nanti kencing. “Dia eh kencing. Dia suci ke tak suci eh?”

“Memanglah dulu kita belajar basic, tapi bila dah comes to practice yang ilmu perlu digunakan, kau jammed. Bapak malu gila as a man. Malu siak”.

Namun, kenyataan Yousaf ini telah mendapat respon negatif dari netizen.

Ramai yang merasa bahawa pendapatnya tidak berasas dan hanya bertujuan untuk menarik perhatian netizen.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Rewan Ishak mengkritik Yousaf dan menyatakan bahawa podcast lebih sesuai untuk mereka yang memiliki pengetahuan yang mendalam.

“Podcast ini lebih sesuai untuk orang yang ada ilmu pengetahuan. Bila bersembang level tak lepas SPM ni, mudah untuk menampakkan kebangangan itu. Tapi lagi bangang bila orang pun suka share juga kebangangan itu demi views dan engagement”.

ChepBoi, juga mengecam Yousaf dan menyatakan bahawa masalahnya bukan terletak pada sekolah, tetapi pada individu itu sendiri.

Manakala, Islam telah mengajarkan pentingnya mencapai keseimbangan antara ilmu dunia dan akhirat.

“Kalau kau kritik sistem pendidikan, aku sokong. Tapi untuk kau cakap sekolah itu tak ada value, kosong, kau ignorant. Yang masalah itu kau, bukannya sekolah. Islam is about balance. Dia ni tak pernah dengar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ke? Dengar cara dia berbual je dah tahu IQ dia macam mana.”

Kontroversi ini mengingatkan kita kepada kritikan yang pernah diutarakan oleh penyanyi As’ad Motawh, yang juga menyatakan bahawa kebanyakan masa yang dihabiskan di sekolah adalah sia-sia.

Baca:

Satu-satunya aplikasi paling efisyen untuk transfer gambar dari fon ke laptop

Anak mengamuk minta telefon – Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat

Takkan nak bayar loan sampai tua, pergi bank dan buat cara ini