Realtime website trackingweb stats

Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat

Oleh NURAIMAN

 

Selalu ikut petua kurus dan sihat tapi tidak juga kelihatan begitu berkesan?

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah dan pelan diet yang mungkin pernah anda dengar dalam usaha menurunkan berat badan.

Begitu juga dengan Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan berjaya, Neelofa yang dikatakan akan menimbang makanannya setiap kali menjamu selera menggunakan penimbang elektronik.

Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat

Menerusi perkongsian rakan baiknya, Rosix Omar di laman Tik Tok, Nabila yang hampir menginjak usia 40 tahun, dilihat sangat menjaga pemakanannya.

Dapat dilihat betapa kecilnya kuantiti yang diambilnya selain sangat tegas dalam mengawal berat makanan.

“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang”. Kata Rosix.

Ujar Rosix lagi, Nabila kena timbang berapa banyak makanan yang dimakan, selain akan meminta Rosix untuk makan dengan lebih banyak.

Warga maya turut memuji tindakan Nabila yang dilihat sangat menjaga kesihatan malah ada berkongsi tips yang sama.

Baca:

Rakam dan jual klip video seks, polis tahan ‘gigolo’

Selepas dianiaya, ada peminat tawarkan pakej melancong – Reaksi Tyzo ini memang padu

Sawah padi rupanya dah empat hari diairi mayat mereput, penemuan polis ini menggemparkan