Realtime website trackingweb stats

Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta

Oleh ARIF ABDULLAH

Ini adalah cerita dari seorang lelaki yang selalu dipanggil Pak Din. Beliau mendedahkan bahawa beliau telah tinggal di dalam kereta selama 17 tahun dan memasak di tepi jalan.

‘Saya sudah tidak malu, orang nak kata apa, katalah. Janji saya gembira.’

Walaupun berasa seperti gaya hidup yang unik, lelaki ini dari Pendang, Kedah tidak merasa malu dengan pilihannya.

Kisah Pak Din dari Pendang, 'gelandangan mewah' 18 tahun tinggal dalam kereta

Beliau tidak peduli dengan pandangan orang ramai kerana dia bersyukur atas nikmat yang dimilikinya.

Pensyarah tentera yang bersara ini menceritakan bagaimana dia menukar kereta dari Proton Wira ke Perodua Myvi untuk meneruskan kehidupannya di sekitar Bayan Baru, George Town.

“Saya bekerja tetapi tak suka tinggal di rumah. Kira ini gelandangan mewahlah. Kalau tengok di sini, barang-barang masakan semua saya simpan dalam kereta.

“Saya tidur dalam kereta, tidak ada rumah. Malam hanya buka cermin sedikit untuk pengudaraan dan guna kipas ‘portable’.

“Dah 18 tahun begini. Orang tengok saya dah tak malu, orang nak kata apa katalah. Janji saya happy (gembira).

“Sejak 24 April 2006 hingga sekarang. Ramai yang sudah kenal siapa saya,” katanya menerusi hantaran TikToknya.

Dalam beberapa video yang di muat naik, Pak Din terlihat sedang memasak dan menggoreng di pinggir jalan untuk mencari rezeki.

Kami dapati Pak Din memiliki isteri dan lima orang anak di kampung.

Banyak orang yang memberikan pujian dan kagum melihat kehidupan Pak Din diruangan komen, tetapi ada juga yang menasihatinya agar tinggal di tempat yang lebih selesa.

“Kalau kita sudah berusia baik pulih pondok boleh belajar agama. Ayah, nenek saya pilih pondok. Rumah besar mereka tak mahu dah tinggal sorang (diri),” komen Ana.

“Boleh juga kalau tidur masjid tuan. Tukar-tukar masjid. Lebih selesa,” komen Badrul.

“Semoga pakcik ini dilindungi dan dimudahkan urusannya. Janji bahagia dan hidup tak kacau orang,” kata pengguna lain.

@sbjzizah♬ bunyi asal – pakdinjenun – SBJ KEDAHFM

Baca:

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Niat mahu cari kerja halal, wanita berani ini jadi pemandu treler

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap