Realtime website trackingweb stats

Ternganga tengok lagu dan menu pilihan majlis santapan pengantin diraja Putera Mateen, buat ramai sing along

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Gembira dan bangga.

Itulah perasaan yang dirasai oleh pengguna media sosial apabila melihat beberapa lagu popular dari penyanyi Malaysia menjadi pilihan peribadi Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah semasa Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Brunei semalam.

Paling menarik perhatian ramai, empat lagu popular daripada penyanyi Malaysia tersenarai dalam 28 lagu pilihan untuk pasangan pengantin.

Lagu-lagu tersebut termasuk “Dia” nyanyian Datuk Sheila Majid, “Sedetik Lebih” (Anuar Zain), “Di Akhir Garisan,” dan “Kau Ilhamku” (Man Bai).

Ternganga tengok lagu dan menu pilihan majlis santapan pengantin diraja Putera Mateen, buat ramai sing along

Selain daripada tiga lagu itu, lagu irama tradisional, “Pandang Pandang Jeling Jeling” nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga “Allahyarham Tan Sri S.M Salim” juga dimainkan secara instrumental kelmarin.

Melalui beberapa gambar yang viral di media sosial, 28 lagu tersebut telah dimainkan oleh Orkestra yang terdiri daripada ahli Radio Televisyen Brunei (RTB) bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik terlatih dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, termasuk penyertaan bakat-bakat muda.

Netizen secara purata merasa sangat teruja dan tidak menyangka pasangan pengantin tersebut meminati lagu Sedetik Lebih dan Kau Ilhamku, yang rupanya sangat sesuai dimainkan dalam majlis perkahwinan mereka.

“Semua lagu bahasa Inggeris yang mereka pilih sangat hebat tetapi melihat ada Sedetik Lebih, sangat menyeronokkan.

“Banggannya ada lagu artis Malaysia dalam senarai! Okey boleh guna senarai lagu Putera Mateen untuk masa akan datang.

“Kau Ilhamku dan Sedetik Lebih ada dalam senarai dengan Lana Del Rey serta Elton John. Pasangan pengantin ada ‘selera’ muzik yang bagus,” komen netizen.

Pada masa yang sama, pasangan pengantin telah memilih pelbagai lagu dari penyanyi antarabangsa untuk melengkapkan majlis perkahwinan mereka.

Beberapa daripada lagu yang dipilih termasuklah All Of Me (John Legend), All My Lovings (The Beatles), Can’t Help Falling in Love (Elvis Presley) dan Marry You (Bruno Mars).

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu telah berlangsung selama 10 hari, dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari yang lalu.

Sebelum ini, Putera Mateen dan Dayang Anisha telah sah menjadi pasangan suami isteri dalam upacara akad nikah yang berlangsung pada Khamis yang lepas.

Majlis tersebut diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan dijalankan mengikut adat istiadat Brunei.

Ia turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, serta keluarga diraja.

Baca:

Banyak pula kes kereta baru beli tiba-tiba rosak, ini tips berharga cara pastikan kereta benar-benar baik

Apa yang best sangat ada dalam Menara Merdeka 118? Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib dikunjungi

Tiga negeri dah kena ketukan misteri, sekarang giliran Perlis, mungkin suruh solat tahajud