Realtime website trackingweb stats

Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh

Oleh NUR KASIH

Mari mencuba membuat Laksa Lemak Utara versi tumis yang menggunakan kuah laksa yang disediakan dengan sardin tin.

Tidak hanya sedap, tetapi juga mudah untuk dibuat.

Menyediakan kuah laksa biasa boleh menjadi kerja yang agak rumit. Dengan menggunakan ikan sardin tin, anda tidak perlu lagi merebus ikan secara rumit.

Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh

Ini akan menjadikan proses memasak lebih mudah dan efisien.

Selain itu, kuah laksa ini memiliki cita rasa yang berbeza daripada kuah laksa biasa yang biasa kita nikmati.

Untuk mendapatkan resipi Laksa Lemak Utara versi tumis ini, anda boleh merujuk kepada cara penyediaan yang dikongsikan oleh Syana Anuya Manmad.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat satu per satu bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan tumis:

  • Lengkuas
  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji buah keras
  • Cili kering (ikut rasa)
  • Sedikit belacan

*Kisar sehingga halus bahan-bahan di atas.

Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus serbuk kari ikan/ ayam/ daging (bancuh bersama air sehingga menjadi pes)
  • 1 tin sardin & 1 tin mackerel
  • 1 kotak kecik santan
  • 2 batang serai diketul
  • Minyak untuk menumis
  • Air untuk kuah
  • 3-4 asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

*Basuh dulu dua jenis ikan ini.

Kemudian, kisar halus ikan sardin manakala ikan mackerel pulak kisar kasar.

Bahan-bahan hiasan:

  • Timun
  • Bawang besar
  • Salad
  • Cili besar / padi
  • Daun pudina
  • Nanas
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis serai, pes serbuk kari, dan bahan-bahan yang telah diblend sehingga naik minyak.
3. Masukkan ikan sardin yang telah diblend dan tambahkan air untuk membuat kuah, mengikut kuantiti yang diinginkan.
4. Kacau-kacau supaya sebati.
5. Tambahkan asam keping, daun kesom, dan bunga kantan.
6. Setelah mendidih, masukkan santan dan kurangkan kekuatan api untuk mengelakkan santan daripada pecah minyak.
7. Setelah semua bahan sebati, tambahkan garam, gula, serbuk perasa, dan bahan-bahan lain mengikut citarasa peribadi. Tambahkan sedikit ajinomoto jika perlu.
8. Bila rasanya sudah cukup rasa, tambahkan sedikit petis (otak udang) untuk menambah kesedapan laksa lemak utara.

Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh

Selamat mencuba laksa versi tumis ini.

Baca:

Ada kelainan jejak Perlis 1 Februari nanti, ini negeri ke-4 wajibkan tulisan jawi

Teramat kaya pun susah rupanya kena aniaya, ini reaksi isteri Daim Zainudin selepas Menara Ilham disita

‘Macam Omar dan Hana je’ – Ramai kecam, ada juga ‘insaf’ lepas tonton klip video Alif Teega1