Realtime website trackingweb stats

Bayar sewa PPR RM500 je tapi dapat jualan RM1,000 sehari, kantoi sebab buat ‘live’ TikTok

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang lelaki berusia 27 tahun akhirnya ‘kantoi’ berniaga baju jenama tiruan secara ‘live’ menerusi platform TikTok.

Rupanya, dia mampu meraih RM1,000 sehari hasil berniaga baju jenama tiruan dengan satu rumah flat Projek Perumahan Awam (PPR) dijadikan tempat simpanan stok pakaian jualannya.

Unit PPR di Air Itam, Georgetown disewa RM500 sebulan.

Bayar sewa PPR RM500 je tapi dapat jualan RM1,000 sehari, kantoi sebab buat 'live' TikTok

Namun, kegiatannya dibongkar akhirnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, A Mogan, berkata, pemeriksaan ke atas premis PPR itu menemukan pakaian menggunakan cap dagangan berdaftar pelbagai jenama ternama disyaki palsu.

Longgokan baju itu memenuhi segenap ruangan flat yang terletak di aras paling bawah sehingga hampir mencecah siling premis terbabit.

“Jumlahnya terlalu banyak dan belum habis dikira.

“Namun, pihak kami sudah menyita 5,050 helai pakaian menggunakan cap dagangan jenama berkenaan untuk siasatan lanjut yang dianggar bernilai RM40,400.

“Serbuan itu dijalankan selepas pihak kami menerima aduan daripada pemilik wakil cap dagang,” katanya.

Mogan berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mendakwa dia telah menyimpan stok pakaian tersebut yang diperoleh daripada pembekal dari Kuala Lumpur sejak 2020.

Namun, dia hanya mula menjual barangan tersebut termasuk secara langsung menerusi platform TikTok sekitar pertengahan tahun 2023.

Mogan turut tidak menolak kemungkinan, baju yang dijual pada harga serendah RM8 itu akan dipasarkan secara lebih meluas menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

“Lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dengan KPDN mengalu-alukan maklumat dan aduan orang awam berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan,” kata Mohan lagi.

Baca:

Ada kelainan jejak Perlis 1 Februari nanti, ini negeri ke-4 wajibkan tulisan jawi

Teramat kaya pun susah rupanya kena aniaya, ini reaksi isteri Daim Zainudin selepas Menara Ilham disita

‘Macam Omar dan Hana je’ – Ramai kecam, ada juga ‘insaf’ lepas tonton klip video Alif Teega