Realtime website trackingweb stats

Ramai tidak tahu banyak khasiat kesihatan teh bunga kertas, ini cara penyediaannya, sedap dan menyegarkan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Jarang kita dengar teh bunga kertas dijual secara komersial di kedai atau warung kopi.

Tetapi sebenarnya banyak khasiat disebalik bunga cantik yang biasanya menghiasi halaman rumah atau pembahagi jalan raya ini.

Bunga kertas, juga dikenali sebagai Bougainvillea spp secara saintifiknya, adalah jenis pokok bunga yang biasanya ditanam sebagai tanaman cantik di sekitar rumah.

Keistimewaan bunga ini terletak pada kelopaknya yang berwarna-warni, ketahanannya yang tahan lama, dan kemudahan dalam perawatannya.

Ramai tidak tahu banyak khasiat kesihatan teh bunga kertas, ini cara penyediaannya, sedap dan menyegarkan

Oleh itu, ramai orang memilihnya sebagai tanaman hias untuk mempercantik taman.

Selain dari kecantikan tumbuhan itu, kebanyakan dari kita mungkin tidak tahu bahawa pokok bunga yang sering digunakan sebagai hiasan di sekitar rumah juga memiliki khasiat perubatan.

Tumbuhan ini telah lama digunakan oleh orang-orang di Mexico yang menggunakan tumbuhan tersebut sebagai ubat tradisional untuk menjaga kesihatan sistem pernafasan.

Ia sangat berguna untuk mengurangkan batuk dan demam.

Selain itu, terdapat juga pakar yang menyatakan bahawa minuman ini boleh melambatkan proses penuaan kerana memiliki sifat antioksidan yang tinggi.

Jika anda mempunyai bunga kertas di rumah, anda boleh membuat teh sendiri sebagai minuman harian.

Memang menyegarkan!

RESIPI TEH BUNGA KERTAS

Bahan-bahan:

1. 7 kuntum bunga kertas
2. 400 ml air
3. 1/2 buah limau nipis
4. Madu atau gula secukupnya (sesuai selera)

Langkah-langkah:

1. Pastikan kertas bunga yang akan digunakan bersih dan dicuci dengan lembut.

2. Panaskan 400 ml air hingga ia mencapai tahap mendidih.

3. Selepas air mendidih, masukkan 7 kuntum bunga kertas ke dalam air yang panas. Pastikan bunga kertas betul-betul terendam.

4. Biarkan kertas bunga meresap dalam air yang panas selama kira-kira 5-10 minit.

5. Sementara menunggu, perah jus dari limau nipis ke dalam teko teh.

6. Selepas bunga kertas terendam, tapis air bunga kertas ke dalam teko yang sudah diisi dengan jus limau nipis.

7. Tambahkan madu atau gula sesuka hati ke dalam teh. Gaul rata sehingga gula atau madu betul-betul larut.

8. Hidangkan teh bunga kertas dalam cawan atau gelas. Jika suka minuman sejuk, tambahkan ais batu.

Nikmatilah minuman teh bunga kertas segar ini bersama orang tersayang.

Baca:

‘Mengamuk macam orang kena rasuk pukul 1 pagi’ – Yana masuk wad pasal perangai anak

Dulu masuk list ‘skandal rasuah’ negara, ini rupa kapal OPV1 yang akhirnya siap selepas 4 kali tertangguh

Masih misteri, tiba-tiba muncul ‘ahli keluarga’ Azar Azmi dedah rupanya dia dah…