Realtime website trackingweb stats

Mana wanita katering ‘scammer’ ini menyorok? – Polis minta kerjasama orang ramai cari

Oleh FATIN AQILAH

Mana ‘scammer’ katering bernama Fauziah Abdul Hamid ini menyorok?

Wanita berumur 40 tahun ini beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

Polis masih giat mengesan wanita terbabit susulan tular kisah sebuah keluarga pengantin perempuan di Bandar Seri Jempol pada 24 Disember lalu.

Mereka sekeluarga terpaksa menyinsing lengan baju masing-masing memasak sendiri juadah untuk tetamu selepas pihak jurusaji terbabit gagal dihubungi walaupun sudah menerima bayaran sebanyak RM13,200.

Katerer ARC Catering itu juga didakwa telah menipu ramai orang, malah vendor pun kena ‘scam’ apabila bayaran tidak dibuat walaupun kerja sudah dilakukan.

Semakan polis melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat jurusaji itu didaftarkan atas nama suami kepada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook berkata, usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil.

Lelaki berkenaan dipercayai turut menghilangkan diri.

“Setakat ini, kita ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek.

“Justeru, kami meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek berusia 40 tahun itu dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor,” katanya.

Jelasnya, maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.

Terdahulu, pengantin perempuan telah membuat pembayaran sebanyak RM13,200 kepada pihak jurusaji yang berurusan secara dalam talian bagi menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu.

Mangsa membuat tiga kali pembayaran secara berperingkat secara dalam talian kepada seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam.

Baca:

‘Solat Subuh macam Jumaat pun ada yang perlekeh, respon Alif Satar ini memang ‘cool’

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 ‘selebriti fitnah’ wajib rakyat sedari

Macam borak dengan geng lelaki – Dr. Say versi bertudung ini cool dan kelakar