Realtime website trackingweb stats

Lelaki ini dedah ‘taktik’ nak suruh bagasi keluar paling awal dari pesawat, tak payah tunggu lama

Oleh NURAIMAN

Antara benda yang selalu mengambil masa penumpang apabila keluar pesawat adalah sewaktu menunggu bagasi dibawa keluar.

Sesetengah orang tidak sabar menunggu sehinggakan ada yang marah kepada pihak pengurusan airline.

Begitu juga apa yang berlaku di sebuah lapangan terbang ini yang menyebabkan kekecohan.

Seorang lelaki mengugut untuk membuang air besar pada mesin pemindahan bagasi (belt conveyor) selepas kehilangan kesabaran semasa menunggu barang miliknya diambil di Lapangan Terbang London Gatwick, Britain baru-baru ini.

Akhbar New York Post melaporkan bahawa seorang lelaki telah direkodkan menjerit di dalam sebuah bilik semasa berbicara dengan pekerja yang mengendalikan bagasi.

“Kami masih menunggu. Jika anda lambat, saya akan membuang air besar di atas laluan (mesin pemindahan bagasi),” kata lelaki itu dalam keadaan marah.

Semasa insiden tersebut, dilaporkan bahawa dia hanya menanti selama 15 hingga 20 minit sebelum memarahi pekerjanya.

“Jika kalian tidak pantas, saya akan buang air besar betul-betul di atas mesin bagasi,” katanya.

Tidak lama selepas itu, beg lelaki itu keluar pertama kali melalui mesin tersebut berbanding dengan beg penumpang yang lain.

Baca:

‘Solat Subuh macam Jumaat pun ada yang perlekeh, respon Alif Satar ini memang ‘cool’

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 ‘selebriti fitnah’ wajib rakyat sedari

Macam borak dengan geng lelaki – Dr. Say versi bertudung ini cool dan kelakar