Realtime website trackingweb stats

Tak perlu beli di kedai, buat sendiri cendawan celup tepung guna air fryer

Oleh AHMAD ISMAIL

Dalam dunia masakan moden, Air Fryer semakin menjadi pilihan utama bagi mereka yang suka memasak dengan cara yang lebih sihat dan praktikal.

Dalam artikel ini, kita akan kongsikan resepi yang pasti memikat selera iaitu ‘Resepi Cendawan Celup Tepung Air Fryer’.

Cendawan yang dihidangkan dengan lapisan tepung yang rangup, dilengkapkan dengan teknik memasak menggunakan Air Fryer, akan memberikan pengalaman menikmati makanan yang sedap dan kurang berminyak.

Sambil mengekalkan rasa keaslian cendawan, resepi ini juga memberikan alternatif cara penyediaan yang memudahkan proses memasak di dapur anda.

Bahan-bahan:

  • 1 Pek cendawan
  • 2 Sudu tepung bistari pedas
  • 1 Senduk tepung bistari biasa
  • 2 Biji telur

Cara-caranya:

Basuh cendawan tiram dan tos kan air nya. Letak atas tisu

Sediakan telur yang telah dikacau.

Masukkan cendawan ke dalam telur bagi semua permukaan cendawan kena telur

Kemudiaan letak cendawan dalam adunan campuran tepung bistari. Tekan-tekan supaya tepung menyaluti semua bahagiaan cendawan.

Masukkan dalam basket Air Fryer.

Spray minyak atas permukaan cendawan dan set masa (10 minit – suhu 200 darjah).

Lepas 10 minit, pusingkan cendawan untuk masak sekata. Spray minyak sambung lagi 10 minit.

Lepas timer dah off buka tengok. Kalau rasa puas hati keluar kan. Kalau rasa nak tambah lagi masa boleh tambah lagi 5 min.

Masa memasak bergantung pada jenis air fryer.

Sesetengah air fryer hanya memerlukan 20 minit untuk menghasilkan cendawan celup tepung yang ranggup.

Tipsnya kena spray minyak. Kalau tidak, ia tidak akan menjadi.

Tidak mengapa sekiranya letak minyak sidikit sebab kita bukan menggunakan konsep deep fry.

Boleh makan dengan senang hati kerana minyak yang digunakan adalah sedikit.

Sumber: Eniza M. Salim

Baca:

Boleh sewa payung RM2, tak perlu risau berhujan naik LRT, bijak bisnes ini

Masuk 5 bulan serangan Gaza, ramai tentera Israel disahkan jadi gila

Apa dah jadi, minyak paket punyalah susah nak dapat di Malaysia, tiba-tiba dijual terbuka di Thailand