Apa dah jadi, minyak paket punyalah susah nak dapat di Malaysia, tiba-tiba dijual terbuka di Thailand

Oleh ARIF ABDULLAH

Minyak masak peket menerima subsidi dari negara ini dikatakan masih dijual di kedai-kedai di sepanjang tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.

Laporan Sinar Harian memetik seorang peguam, Majdah Muhamad, mengatakan bahawa barangan yang terkawal itu dijual secara terbuka di beberapa kedai dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Beliau menyedari perkara ini semasa melawat negara tersebut pada Sabtu yang lepas.

Dia mengatakan, peniaga dari negara itu menjual minyak dalam peket dengan harga yang lebih tinggi, iaitu RM5 untuk setiap peket.

“Patutlah minyak masak bersubsidi tidak ada di pasaran, rupanya sudah berjaya dibawa masuk ke Thailand.

“Saya ke Tak Bai, lalu di kedai-kedai tepi sungai. Molek-molek ada jual minyak masak kita. Saya tanya berapa ringgit sebab kalau murah nak beli, saya beritahu di Kelantan satu kedai pun payah nak jumpa minyak masak ni. Peniaga tu bagi tau RM5 satu peket,” katanya ketika dihubungi akhbar itu pada Isnin.

Dia juga berkongsi perkara tersebut di laman sosial Facebooknya dan mendapat banyak respons. Dia juga meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Majdah juga berpendapat bahawa mungkin pengilang atau peniaga menjual kepada negara tersebut daripada kepada rakyat Malaysia kerana dapat keuntungan yang lebih besar.

“Saya mohon pihak KPDN Kota Bharu pantau macam mana minyak masak bersubsidi ini boleh dijual secara terbuka di Thailand,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kali isu ini telah dilaporkan oleh akhbar tempatan, termasuk Sinar Harian.

Pada masa yang sama, Sinar Harian telah menghubungi pihak KPDN Kelantan dan kini menanti jawapan daripada pihak mereka.

Baca:

Kau bukan siapa-siapa perlu dapat layanan istimewa’ – Nabi Ibrahim pun dibakar hidup-hidup

Mengeluh hidup susah, rupanya ada… – Ini kisah ‘Kecik’ duda besarkan tiga anak

Ramai Melayu tak peduli dah sirih, ini 11 kebaikan amal makan daun berkhasiat