Pelakon senior Zarina Zainuddin yang juga tauke pulut kuning turut tampil kecam ‘makcik Kemboja’ dengan menegaskan ramai saja Melayu rajin berusaha.
Ibu yang membesarkan dua anak kembar istimewa penghidap autisme ini geram apabila bangsa sendiri dikutuk sebagai pemalas seperti disebut seorang peniaga asal dari Kemboja.
Biarpun wanita terbabit sudah meminta maaf secara terbuka, kenyataan dilemparkannya tetap mendorong pelakon berusia 52 tahun bersuara lantang.
Sebagai individu yang berdepan jatuh bangun dalam dunia perniagaan sejak zaman muda, Zarina bertegas, ramai sahaja orang Melayu yang rajin berusaha.
Katanya, wanita terbabit perlu sedar diri selain isu malas atau enggan meningkatkan taraf ekonomi bukan bersandarkan bangsa, sebaliknya atas diri sendiri.
Ramai sependapat dengan Zarina walaupun kononnya peniaga terbabit sekadar bergurau, tetapi kalau tengok kontroversi yang dibuat termasuk pernah mengherdik aktres Nadia Brian, memang sengaja dia mahu ditularkan.
Tahniah. Anda berjaya, strategi yang bagus sebab ada juga individu popular ‘back-up’ sekali gus terkena umpan.
Mengenai ‘makcik Kemboja’, anaknya pun dua kali lima saja seperti ibunya apabila selamba menyelar netizen dan “menyalak macam anjing”
Reaksi anak peniaga dari Kemboja itu yang celupar mulutnya kemudiannya disambut perli warganet sama ada dia anak selebriti Azwan Ali.
“Anak makcik Kemboja kat sini. Aku cabar kau, kau ‘face’ (bersemuka) dengan aku kat kilang ni, yang kau hina tu mak aku tahu.
“Kalau setakat menyalak macam anjing, gong gong gong gong gong, ha ni anak makcik Kemboja kat sini, aku dah tak takut kat kau, aku memang tak pernah takut pun kat kau,” kata lelaki tersebut.
Baca:
“Saya reda, sekarang masa saya” – Popular dalam slot terjah Melodi, ini keadaan terkini Nas Ahmad
Lagu nurse viral punya pasal, sampai ada tukar cita-cita, ini proses jika nak jadi nurse lepas SPM
Mawar padam gambar bersama suami di IG, ura-ura bakal bercerai