Realtime website trackingweb stats

Sepasang pengantin ‘tenggelam’ dikalung duit, rupanya dah memang adat perkahwinan di wilayah ini

Oleh ABDULLAH HAMID

Tular rakaman memaparkan sepasang pengantin baharu di Madura, wilayah Jawa Timur menerima beberapa kalungan wang kertas.

Rupanya itu bukanlah perkara yang pelik kerana memang sudah menjadi adat perkahwinan di wilayah tersebut.

Pasangan pengantin itu dilihat dikalungkan dengan wang bernominasi 50,000 rupiah (RM14.98) dan 100,000 rupiah (RM29.95) sebagai hadiah daripada keluarga.

Beberapa tetamu dilihat memakaikan kalungan wang ke leher pasangan mempelai secara bergilir-gilir.

Individu yang memuat naik video tersebut, Matus, memberitahu situasi seperti itu sering terjadi di Madura disebabkan amalan tradisi penduduk pulau berkenaan.

“Di sini, amalan seperti itu sudah biasa berlaku, tiada yang aneh. Namun, saya tidak mengetahui jumlah wang yang dikalungkan itu.

“Kalungan wang itu dianggap pemberian daripada saudara-mara dan rakan-rakan,” kata jurusolek merangkap juruhias pelamin tersebut.

Rata-rata netizen di platform TikTok menyatakan rasa cemburu melihat pengantin terbabit dikalungkan wang.

Malah, ada yang berpendapat habis majlis itu, jumlah duit yang diperoleh mungkin boleh pulang modal belanja majlis pernikahan.

“Kalau tidak silap, mengikut adat di Madura, tuan rumah akan mengumumkan jumlah wang yang disedekah di dalam sampul.

“Jadi, semua orang berlumba-lumba mahu memberi wang yang banyak,” kata seorang netizen tempatan pula.

@officialinews Viral video sepasangan pengantin yang sedang duduk di pelaminan dengan berkalung tumpukan uang. Para tamu nampak mengalungkan uang lembaran Rp 50 ribu dan Rp 100 ribu dengan silih berganti. Diketahui tradisi ini memang dilakukan sebagian besar warga Buluk Agung, Bangkalan Madura. Penggunaan kalung uang mirip dengan kebiasaan memberikan amplop uang saat resepsi pernikahan. #kalunguang #pengantin #madura #bangkalan ♬ suara asli – OfficialiNews

Baca:

Ramai kagum lihat Siti Bainun sekarang, pendera remaja sindrom Down sudah makin kurus

“Biarlah orang kritik, janji saya seronok” – Shila Amzah

Ini makna sebenar kucing comel, siapa sangka Rexie hanya ada dua kaki saja