Realtime website trackingweb stats

Bolehkah hantar sihir paling kuat kepada Perdana Menteri Israel? Ini penjelasan UAI

Oleh NURAIMAN

Dalam satu kuliah, ada yang bertanyakan sama ada dibolehkan untuk menghantar sihir kepada Perdana Menteri Israel.

Ini memandangkan tindakan perdana menteri itu yang berterusan membenarkan pembunuhan rakyat Palestin.

Ini pula penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus.

Menghantar sihir atau santau kepada Perdana Menteri Israel adalah dilarang dalam agama kerana perbuatan ini melanggar batas dan tidak dibenarkan ketika berlaku peperangan.

“Dalam peperangan tidak boleh melampaui batas, tidak boleh melakukan perkara yang haram.

“Sebagai contoh, menelanjangkan musuh tidak boleh walaupun dia membunuh kita. Menelanjangkan musuh tidak boleh kerana aurat yang mana ia bukan keperluan.

“Jika tindakan menembak, bom ketika peperangan boleh, itu diperlukan dalam peperangan. Maka, asalnya dalam peperangan haram bunuh orang awam. Oleh kerana Israel buat maka kita dibolehkan buat.

“Dalil Allah berkata, barangsiapa yang melampaui batas terhadap kamu maka kamu boleh melampaui batas sama seperti yang dibuat ke atas kamu,” jelasnya dalam ceramah berkenaan.

Bolehkah hantar sihir paling kuat kepada Perdana Menteri Israel? Ini penjelasan UAI

Di samping itu, perlu diingat bahawa mengamalkan sihir atau santau terhadap mereka yang menindas umat Islam di Palestin tetap diharamkan, walaupun dengan niat untuk menyusahkan pihak musuh.

“Dalam bab sihir, santau tidak boleh. Jika orang menyihir kita, kita pula membalas dengan sihir maka ia tidak boleh.

“Untuk balas sihir boleh, yang mana kita melakukan solat hajat, kita guna doa agar sihir kembali kepada diri dia sendiri. Penggunaan sihir itu diharamkan syarak,”katanya.

Baca:

‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca

Yang masuk restoran dah kurang, pesanan ‘online’ pun sama, ‘rider’ akui boikot Israel bukan main-main

“Nabil ni dia tak ada sensor pintar, terima je lah dengan redha”- Azharina