Realtime website trackingweb stats

Mengejutkan! Lebih 19,000 bahan lucah budak jadi koleksi, pemuda ini dipenjara 6 bulan, denda RM2,500

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang pemuda pedofilia dihukum penjara 6 bulan dan denda RM2,500 gara-gara menyimpan 19,011 video dan gambar lucah kanak-kanak dalam pendrive miliknya.

Majistret T Ashvinii menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Ming Hui, 24, pada 20 Oktober selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pembantu kedai ubat tradisional itu mempunyai satu unit kad memori (pendrive) mengandungi video dan gambar kanak-kanak lucah di rumah bernombor 19 Atas, Lorong 1, Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2 Langkap, jam 4.20 petang, pada 29 Mei lalu.

Mengejutkan!-Lebih-19,000-bahan-lucah-budak-jadi-koleksi,-pemuda-ini-dipenjara-6-bulan,-denda-RM2,500 01

Akibatnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 29 Mei lalu, polis merampas barang kes iaitu seunit komputer riba jenama Acer, seunit adapter komputer riba jenama Liteon dan seunit pendrive jenama Kingston Datatraveler 100 G3-64GB.

Pemeriksaan polis mengejutkan apabila terdapat 19,011 dokumen membabitkan video dan gambar pornografi kanak-kanak di dalam pendrive milik tertuduh.

Tertuduh diwakili peguam Jude Pereira yang merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan berbentuk denda.

Alasannya, bahawa tertuduh anak tunggal yang membantu perniagaan kedai ubat tradisional milik bapanya dan sudah insaf, selain adalah kesalahan pertama tertuduh.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 terhadap tertuduh, jika gagal membayar denda tambahan lima bulan penjara. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Pereira memohon penggantungan pelaksanaan hukuman sementara rayuan, namun mahkamah tidak membenarkan dan menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula disabitkan bersalah 20 Oktober.

Sebelum ini, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas majistret berpuas hati dengan hujahan balas Izzudin Fakri terhadap rayuan Pereira.

 

Baca :

Jerit marah sambil baca teks, cara Ahli Parlimen ini berbahas jadi bualan warganet 

Menteri nak muntah serbu bilik sewa saiz ‘liang lahad’, “memang tiada ciri kemanusiaan” 

MYTV dedah punca gantung operasi Awesome TV bermula 2 November