Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa harga semasa petrol di Malaysia masih rendah, iaitu RM2.05 seliter berbanding Arab Saudi yang menetapkan RM2.84 seliter.
Padahal, Arab Saudi adalah pengeluar minyak yang menghasilkan bahan api berkenaan berlipat kali ganda berbanding Malaysia.
Sehubungan itu, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak seperti diucapkannya 15 tahun lalu, tidak dapat dilaksanakan.
Jelasnya, ketika itu harga minyak Arab Saudi, negara pengeluar minyak terbesar dunia hanya 50 sen seliter berbanding Malaysia RM1.60 hingga RM1.80 seliter.
“Mengapa harga minyak ketika ini masih belum turun? Ini jawapan saya. Bila saya kata itu, 2008 pada masa itu, harga minyak Arab Saudi hanya 50 sen seliter berbanding kita, harganya RM1.80 sen. RM1.60 sen seliter.
“Pasal apa Arab Saudi boleh 50 sen dan kita tinggi sangat, kita pun kena turunlah. Mengapa sekarang pada 2023 (tidak boleh turunkan) kerana sekarang harga minyak Arab Saudi lebih tinggi dari Malaysia.
“Kita nak turunkan macam mana lagi? Kita sudah ada beri subsidi, subsidi tinggi dah, RM30 hingga 40 bilion subsidi,” kata Perdana Menteri.
Penjelasan itu terkandung dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun media sosialnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui beliau sedar ramai yang menggunakan petikan ucapannya berkait janji menurunkan harga minyak sebelum ini dan menuntut ia ditunaikan sekarang.
“Macam minyak sekarang, saya dicerca merata tempat, ‘hari ini menang, esok minyak turun’,” tambahnya.
Justeru, orang ramai boleh dah hentikan manipulasi ucapan Anwar pada tahun 2008 dulu dengan mengambil kira perkembangan semasa.
Baca:
Gara-gara pelakon Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri, ramai terkesan dengan luahan Lufya
Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih
Gempar Paris diserang kutu busuk, Perancis sakan bergelut perangi bencana pepijat