Realtime website trackingweb stats

Tak mahu susahkan produksi, rupanya ini sebab Khai Bahar setahun tak berlakon, memang contoh anak soleh

Oleh FATIN AQILAH

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan drama tempatan, mungkin tertanya-tanya mana perginya kelibat penyanyi dan pelakon berbakat, Khai Bahar.

Sudah setahun tidak beraksi di layar kaca, rupanya pemuda berusia 29 tahun itu sedang bimbangkan keadaan ibunya, Rosnah Muhammad, 62, di Perlis yang tidak sihat.

Tidak hairanlah pelantun lagu ‘Luluh’ ini yang pernah mendapat gelaran King of Smule boleh dianggap selebriti yang menepati ciri anak soleh.

Beliau terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama malah filem sejak tahun lalu lagi kerana tidak mahu menyusahkan produksi jika berlaku apa-apa kecemasan membabitkan ibu tercintanya.

“Saya tahu kalau berlakon perlu ada komitmen jadual. Saya tidak mahu menyusahkan produksi kalau ada kecemasan.

“Sekarang ini, kalau dengar ibu tak sihat saya akan terus balik ke Perlis,” kata anak jati Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis itu, lapor media.

Penyanyi lagu ‘Bayang’ ini mula berlakon dalam drama “Cinta Tiada Ganti” terbitan Global Station Sdn Bhd dalam slot Tiara Astro Prima pada 2018.

Tak mahu susahkan produksi, rupanya ini sebab Khai Bahar setahun tak berlakon, memang contoh anak soleh

Setahun selepas itu, beliau memegang watak utama dalam drama “Satukan Rasa” terbitan Suhan Movies.

Penerima anugerah Artis Baharu MeleTOP 2017 itu kali terakhir muncul dalam drama “Shakira” di TV3 tahun lalu.

Berkongsikan cerita lanjut mengenai ibunya, Khai memberitahu ada ketika ibunya sesak nafas pada tengah malam dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Beliau berkata, ibunya juga ada masalah buah pinggang, penyakit jantung, paru-paru dan hati.

“Sebelum ini pernah dapat rawatan di Kuala Lumpur, tapi bila dia mula dialisis, saya lebih senang rawatan itu dibuat di Perlis sebab ada adik-beradik yang boleh tolong jaga,” kata anak keempat daripada enam adik beradik itu.

Pada September tahun lepas, kali pertama ibunya masuk hospital kerana jenis yang takut untuk dapatkan rawatan di hospital.

Ibu Khai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat masalah buah pinggang dan beberapa hari tidak sedarkan diri.

Pada masa itu, Khai menjaga ibunya di hospital kira-kira seminggu sekaligus terpaksa menunda beberapa komitmen kerja yang sudah diatur.

Baca:

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih

Banyak rupanya jenis kontraktor, wanita ini kongsi 5 beza pemegang lesen besar dan kecil

Gempar Paris diserang kutu busuk, Perancis sakan bergelut perangi bencana pepijat