Realtime website trackingweb stats

Sajat menangis, bersungguh-sungguh minta maaf dari ayah, semuanya angkara Alif Syukri dan isteri

Oleh FATIN AQILAH

Tidak tahan dengan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri dan Isteri terhadap ayahnya membuatkan Nur Sajat menangis sambil meminta maaf.

Ini selepas beberapa minggu lalu Sajat ada meminta bantuan orang ramai untuk membantu ayahnya.

Selebriti dan usahawan media sosial, Nur Sajat, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri, dan isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, atas bantuan sukarela membeli kerusi roda untuk bapanya.

Menerusi kemas kini di Instagram, Sajat menyatakan hubungannya dengan Aliff masih kukuh, dan mereka masih berkawan seperti dahulu walaupun hanya berhubung melalui Whatsapp dan media sosial untuk bertanya khabar.

“Sajat mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Sajat iaitu Datuk Aliff Syukri dan Datin kerana telah membantu Sajat membeli kerusi roda dan peralatan membuang air besar.

@abangterlajaklarisapa pun terjadi awak ttp sahabat saya @nursajatkamaruzzaman sy doakan yg terbaik utk awak.. rindu masa dulu2 awak jadi jiran saya.. rindu dgn zaman2 dulu2..

♬ original sound – Papa Laris

“Ini sahaja cara Sajat dapat membantu keluarga Sajat yang berjauhan tetapi dekat di hati Ketika kami jauh. selain, persahabatan adalah dari perhatian kawan.

“Ramai yang bertanya adakah Sajat masih berkawan dengan keluarga Datuk dan Datin? Sejujurnya kami masih berkawan seperti dulu.

“Kami hanya berhubung melalui media sosial dan WhatsApp untuk bertukar-tukar berita,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, Sajat turut meluahkan perasaan sedih apabila Aliff Syukri menghantar video bapanya menerima kerusi roda baharu.

“Apabila Datuk menghantar video ini kepada Sajat, Sajat berasa sedih dan terharu. Apabila seseorang yang kita sayang boleh buat dia tersenyum semasa dia masih hidup.

“Ayah, maafkan Sajat, maafkan Ajad, ayah adalah ayah yang terbaik di dunia ini.

“Ajad sayang ayah dan ibu. Kepada Datuk dan Datin, terima kasih kerana membantu Sajat, walaupun Datin dan Datuk sibuk sangat, kamu masih sempat menghulurkan bantuan kepada sahabat yang jauh dari mengintip ini.

“Terima kasih dan semoga Allah membalasnya. Kebaikan Datuk dan Datin. Amin,” kata Sajat.

Sebelum ini, Sajat pernah menggunakan siaran langsung di media sosial untuk meminta bantuan membeli kerusi roda untuk bapanya yang sakit dan tidak dapat berjalan.

Baca:

Faizal Hussain kena dakwa mencabul bekas penyampai berita terkenal di sebuah hotel

Lelaki cerita kisah sebenar disebalik lirik lagu Nur

Nilam Sari, rupanya bukan saja-saje Awie pilih nyanyi dengan Amy