Realtime website trackingweb stats

Baru berjinak dengan sukan basikal? Ini 12 perkara anda wajib tahu supaya tidak tertipu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Suka berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan saya. Setiap kali saya memegang gagang stereng basikal dan merasai angin sepoi-sepoi membelai muka, saya segera terasa kesejahteraan dan kebebasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Kegemaran saya terhadap berbasikal bukan sekadar hobi semata-mata, tetapi ia juga menjadi satu cara untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif.

Dalam perjalanan saya dengan basikal, saya telah menghadapi cabaran dan kegembiraan yang luar biasa, serta mendapati banyak manfaat positif yang telah menjadikan aktiviti ini sebagai sebahagian penting dalam rutin harian saya.

Semalam ramai yang tanya saya tentang sukan berbasikal. Ini yang kalian perlu tahu tentang sukan berbasikal,

1. Sukan berbasikal termasuk dalam salah satu senaman kardio. Sama macam joging, berenang dan juga Zumba.

2. Berbasikal adalah aktiviti terbaik untuk bakar kalori dan lemak badan.

3. Ia juga mengurangkan risiko kecederaan bagi yang ada masalah sakit lutut, dan juga berat badan.

4. Berbasikal ni kita boleh buat rutin senaman berjadual yang baik. Nak buat high intensiti atau sekadar nak fokus pada endurance.

5. Kalau nak main HIIT (Senaman intensiti tinggi) gunakan laluan berbukit, dan ada sprint dalam kayuhan kita.

6. Jika kalian nak fokus untuk daya tahan badan. Boleh ubah kepada endurance. Buat kayuhan untuk long distance. Jauh-jauh sikit kilometer dia. Gitu.

7. Tentang bakar kalori dan lemak ini atas target masing-masing.

8. Kalau fokus untuk senaman cara kayuhan mesti ala senaman. Kena ada target waktu, berapa jauh nak kayuh dan lihat pada Heart Rate kita.

9. Jika kalian sekadar buat kayuhan fokus untuk tenang-tenang, bakar kalori sikit-sikit pun tak apa, maka kayuhan lenggang-leha pun tak jadi masalah.

10. Berbasikal dalam rumah dan berbasikal luar rumah tak ada beza yang banyak.

11. Yang membezakan mana bakar paling banyak kalori adalah disebabkan kayuhan kita. Bukan pada basikalnya.

12. Akhirnya jaga keselamatan juga dalam berbasikal ini. Pakai pakaian yang bersesuaian. Terutama yang memilih berbasikal di luar rumah.

Tak perlu bergaduh senaman siapa paling baik. Minat kita tidak sama. Ada orang sedap joging lagi. Ada orang lebih selesa dan konfiden bila ada basikal ini.

Kita raikan semua. Yang penting matlamat kita sama. Untuk sihat dan terus aktifkan diri.

Ada yang nak tambah pesanan lagi? Tinggal komen di bawah agar kita dapat share ilmu masing-masing.

Baca:

Tak kisah orang cemuh guna kereta lama, Jasmin bahagia Bobob bawa pergi makan cendol

Ganas betul rupanya anjing peliharaan Presiden AS, dah 10 kali pegawai di White House kena gigit

Shila Amzah dan suami digosip nak bercerai, ini komen padu tuan badan