Realtime website trackingweb stats

Entah apa penggubal silibus Matematik tahun 3 fikir, pegawai bank pun tak tau nak jawab

Oleh NURAIMAN

Penggubal silibus topik wang bagi subjek Matematik tahun tiga dianggap melampau sehinggakan pegawai bank pun tak tau nak jawab apa.

Seorang guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh, mendedahkan terdapat soalan meminta murid menyatakan nilai mata wang di beberapa buah negara berbanding dengan RM1.

Bayangkan murid berumur sembilan tahun pun diasak dengan nilai mata wang bagi sembilan negara Asia Tenggara.

Selain Rupiah bagi mata wang Indonesia yang umum dikenali di Malaysia, mata wang negara lain juga nampaknya perlu murid darjah tiga tahu.

Padahal, tentu ramai orang dewasa sendiri tidak tahu bahawa mata wang Laos ialah kip, kyat pula bagi mata wang Myanmar, riel (Kemboja) dan dong bagi Vietnam.

Justeru, Cikgu Fadhli mempersoalkan kewajaran topik tersebut bagi anak-anak tahun tiga.

Entah apa penggubal silibus Matematik tahun 3 fikir, pegawai bank pun tak tau nak jawab

“Sat lagi nak masuk mengajar kelas tahun tiga, topik wang. Sebagai guru Matematik berdedikasi, aku selak la dulu buku nak bagi bersedia ajar lepas ni.

“Buka ja muka surat ni, markonah betul soalan pun. Awak ni siapa? Awak tinggal kat sini ke? Apa benda ni? Tak ada akidah punya soalan.

“Ni bukan budak tak boleh jawab, pegawai bank pun tak tau nak jawab.

“Apa kepentingan topik ni buat budak darjah tiga? Tolong penggubal silibus ni senaraikan lima kelebihan budak sembilan tahun belajar topik ni,” tegasnya.

Tambahnya lagi, beliau pasti soalan demikian juga sukar untuk dijawab oleh penggubal silibus itu sendiri.

“Ni kalau aku soal penggubal silibus berapa Kyat untuk RM1 pun pasti dia tak boleh jawab, melainkan dia Google dahulu.

“Entah bila la silibus baru nak ganti ni. Melampau sangat silibus yang budak duk belajar sekarang ni.

“Aku nak ‘skip’ ja muka surat ni. Ni kalau ada PPD ke, JPN ke, nazir ke, orang BPK ke datang tanya kenapa ‘skip’, aku suruh dia mengajar topik ni,” kata Cikgu Fadhli lagi.

Baca:

Peniaga air balang macam tak percaya rezeki yang Allah beri, Amir Raja Lawak pula terpaksa minta maaf

Kisah lelaki tua setahun baru terjawab, jurugambar ini kongsi foto paling mengesankan

Boleh pula buang ‘pampers’ anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu