Realtime website trackingweb stats

Muntahkan abu tebal 1.5 km dari puncak, penduduk gempar gunung berapi meletus

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Penduduk yang tinggal di sekitar Gunung Ibu di Pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara gempar apabila gunung itu meletus pada 25 September dengan memuntahkan abu tebal 1.5 km dari atas puncak.

Ekoran aktiviti aktif gunung berapi dengan ketinggian 2,825 meter di atas permukaan laut itu memaksa penduduk berdekatan memakai pelitup muka dan cermin mata, lapor CNN Indonesia.

Letusan di wilayah kepulauan timur Indonesia yang terakam di seismogram dan berlangsung selama 1 minit 36 saat itu memuntahkan abu dari arah utara ke timur.

Walau bagaimanapun, pegawai berkaitan memaklumkan bahaya letusan itu masih jauh dari lokasi penempatan penduduk yang berjarak enam hingga 7 km dari kawah gunung berapi tersebut.

Badan Geologi Indonesia mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berada di luar radius 2 km dari kawah dan zon 3.5 km di utara.

Penduduk dan pengunjung juga dinasihatkan supaya melindungi mata, hidung dan mulut daripada abu jika berlaku hujan.

Gunung Ibu adalah antara kira-kira 130 gunung berapi aktif di Indonesia, sebuah kepulauan luas yang terdedah kepada pergolakan seismik berdasarkan lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.

Untuk tahun ini setakat 25 September lalu, sebanyak 33 kali Gunung Ibu meletus sejak 1 Januari 2023.

Baca:

Peniaga air balang macam tak percaya rezeki yang Allah beri, Amir Raja Lawak pula terpaksa minta maaf

Kisah lelaki tua setahun baru terjawab, jurugambar ini kongsi foto paling mengesankan

Boleh pula buang ‘pampers’ anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu