Realtime website trackingweb stats

Petua nasi himpit ‘kalis’ basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari

Oleh FATIN AQILAH

“Alahai, baru saja biar kejap nasi impit ni kat luar dah mula nak berair…

Macam mana nak elakkan nasi impit ni cepat basi ye? Rugi kalau selalu terbuang begitu sahaja. Ada tak petua untuk nasi impit tahan lama?”

Nasi impit atau ketupat adalah salah satu hidangan yang wajib ada semasa Hari Raya.

Ia boleh dimakan bersama serunding, kuah lontong, kuah kacang, rendang, dan jika dicelup dengan sambal juga sedap!

Namun, kita mungkin pernah menghadapi masalah nasi impit cepat basi, terutamanya jika dibiarkan dalam suhu bilik.

Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana cara memasak nasi impit agar tahan lama.

Oleh itu, mari kita kongsikan beberapa petua ataupun tips nasi impit tahan lama yang berkesan dan boleh membuat nasi impit kekal sedap selama 2-3 hari!

1. Basuh Beras

Pertama-tama, penting untuk mencuci beras dengan bersih.

Jika anda menggunakan nasi impit segera, cuci juga bungkusan nasi impit itu dengan teliti kerana air mungkin masuk ke dalamnya.

Basuh beberapa kali sehingga air menjadi agak jernih sebelum dimasak.

2. Tambahkan Sedikit Garam

Petua nasi himpit 'kalis' basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari

 

Ketika memasak, rebus nasi impit seperti biasa dengan air menutupi seluruhnya.

Salah satu petua untuk nasi impit tahan lama adalah menabur sedikit garam semasa merebus.

Jika ingin memberikan aroma wangi, tambahkan daun pandan.

3. Asam Gelugur / Limau Kasturi

Petua nasi himpit 'kalis' basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari

Cara lain yang digunakan oleh orang dahulu adalah dengan meletakkan sekeping dua asam gelugur semasa merebus nasi impit.

Jika tiada, boleh digantikan dengan limau kasturi. Kedua-dua cara ini dikatakan dapat membuat nasi impit tahan lebih lama.

4. Masa Merebus

Petua nasi himpit 'kalis' basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari

Masa merebus bergantung kepada saiz nasi impit atau jumlah yang dimasak. Sebaiknya, rebus lebih lama untuk memastikan beras dalamnya masak sepenuhnya.

Banyak orang memasak selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan nasi impit benar-benar masak. Ada yang memasak hingga 3-4 jam!

5. Kering atau Toskan Dengan Betul

Setelah nasi impit masak sepenuhnya, angkat dan toskan sehingga benar-benar kering. Ada yang meletakkannya di bawah kipas untuk cepat kering.

Mengikut petua orang dahulu, ketupat yang dimasak digantung untuk membolehkan air keluar. Ini akan menjadikan ketupat tahan lebih lama dan tidak cepat berair atau basi.

Petua nasi himpit 'kalis' basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari

6. Simpan Dalam Freezer

Cara lain untuk memastikan nasi impit tidak cepat basi ialah dengan menyimpannya dalam freezer.

Pastikan ia disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengelakkan bau dari peti sejuk meresap ke dalam nasi impit.

Ketika hendak makan, ambil keluar dan kukus untuk memanaskan dan membuatnya lembut. Barulah akan sedap!

7. Potong Hanya Ketika Hendak Dimakan

Nasi impit yang telah dipotong lebih cenderung cepat berair dan basi. Pastikan anda hanya memotong nasi impit ketika hendak dihidangkan.

Semasa memotong, gunakan sarung tangan atau plastik. Pastikan pisau dan papan pemotong benar-benar kering dan bersih. Insya Allah, nasi impit akan kekal segar.

Jadi, cubalah semua petua ini agar nasi impit anda kekal sedap dan tidak cepat basi.

Selamat mencuba!

Baca:

Kisah lelaki tua setahun baru terjawab, jurugambar ini kongsi foto paling mengesankan

Boleh pula buang ‘pampers’ anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu

Dah macam cerita Doraemon, heboh penyembur udara Jepun ini mampu halau tenaga negatif