Realtime website trackingweb stats

Wanita ini kongsi realiti sebenar kerja di Korea, terus tak jadi nak pergi

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Wanita ini kongsi realiti sebenar kerja di Korea, terus tak jadi nak pergi.

Pengalaman bekerja di Korea sangat bergantung pada pelbagai faktor termasuk jenis pekerjaan, industri, syarikat, dan persekitaran tempat kerja.

Oleh itu, pengalaman seseorang dalam bekerja di Korea mungkin berbeza-beza.

Seorang wanita, Norasyidah Mustapha yang berpengalaman bekerja di sana berkongsi realiti sebenar orang Malaysia kerja di Korea.

Saya mau respond pada sape2 yg ada pasang niat nak kerja di korea..

1.Hakikat kerja dikorea ni keras beb nak laju (mau pali2).kau tak boleh nak bawak budaya santai kerja di malaysia ke sana yer..

2.Tak semua kerja di korea tu berat..betul.. ada berat ada yang mudah..tapi you all perlu ingat..bayaran akan setimpal dengan kerja yang kita buat.takde istilah kerja santai di korea tapi gaji per/day mahal..so you fikir sendiri lah

3.Bagi yang offer kerja farm saya nak mention reality is job kalau you datang musim sejuk untuk perempuan sangat2 kurang..kemungkinan you akan stuck xde job lelaki okey ade peluang lagi untuk kerja2 tertentu dalam musim sejuk..tu pun terhad

4.Kilang is better long term untuk kerja yang maintain income bulan2..tapi setiap kilang gaji tak sama..yang suka farm its ok you boleh kerja..tapi job bermusim yer
Untuk bulan2 yang xde job tu you kne survive ckit..

5.Kalau you sakit kos perubatan tanggung sendiriyer..majikan tak tanggung..dia nak kerah keringat kita jer yang dia tau..kos perubatan sangat mahal.

Wanita ini kongsi realiti sebenar kerja di Korea, terus tak jadi nak pergi. Pengalaman bekerja di Korea sangat bergantung pada pelbagai faktor termasuk jenis pekerjaan, industri, syarikat, dan persekitaran tempat kerja.

Jangan high expectation bila nak datang kerja di negara orang..tambah2 pulak masuk korea terus illegal ni..

Sebab saya pun dah alami semua ni..

Jangan mudah terpengaruh dengan video2 orang yang kerja kat sana yang menjanjikan bulan dan bintang..sebabb ada yang hanya cuba nak menangguk di air yang keruh saje.

Saya bukan agent..saya hanya sekadar berkongsi pengalaman..

Sumber: FB Norasyidah Mustapha

Baca:

Jangan ambil jika jumpa syiling bertaburan depan pintu rumah, lelaki dedah taktik sihir zaman moden

Rupanya tanda-tanda ini kerja makhluk halus, ustaz ini kongsi cara paling mudah pagar rumah, tak perlu guna garam, lada hitam

Nak ‘healing’ hujung minggu? Wanita kongsi port tube house paling luas pernah dijumpai, di Selangor je pun