Realtime website trackingweb stats

Berhabis lebih RM700,000 panjangkan kaki ikut kehendak suami, akhirnya model ini menyesal

Oleh ADINDA

Berhabis lebih RM700,000 panjangkan kaki ikut kehendak suami, akhirnya model ini menyesal.

Seorang model wanita di Jerman kesal menjalani pembedahan memanjangkan kaki dalam prosedur yang menelan belanja £130,000 (RM767,127), lapor akhbar The Sun UK .

Theresia Fischer, 31, berkata, dia dipaksa menjalani pembedahan itu oleh bekas suami yang menyaksikan ketinggiannya meningkat 13.9 sentimeter.

Wanita itu mempunyai batang teleskopik boleh laras yang dimasukkan ke dalam tulang keringnya. Alat itu diputar secara beransur-ansur untuk memanjangkan kakinya.

Fischer menambah ketinggian sebanyak 13.9 sentimeter daripada ketinggiannya sebelum ini iaitu 167 sentimeter

Menurut Theresia, bekas suami memberitahu bahawa dia lebih menyukai wanita tinggi dan menyuruhnya memanjangkan kaki sehingga 14 sentimeter.

“Sebelum ini, saya gembira dengan bentuk tubuh saya. Namun, saya kini malu kerana bersetuju menjalani pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan,” ujarnya.

Dia yang sebelum ini mempunyai ketinggian 167 sentimeter berkata, tulang keringnya dipatahkan, otot betis dibelah dan rod telekospik digunakan dalam pembedahan tersebut.

Baca:

Rebah beri salam, indah ‘pemergian’ imam solat Jumaat sejak lebih 25 tahun ini

Gaji pekerja di restoran dah macam korporat, padanlah kos sara hidup pun tinggi

Hilang setengah abad pun dah jumpa, dunia makin panas ‘pulangkan’ rangka pendaki