Gaji pekerja di restoran dah macam korporat, padanlah kos sara hidup pun tinggi.
Kadang kala bekerja di sektor korporat bukanlah bahagia belaka malah pekerjaan di rangkaian restoran lebih mahal gajinya.
Tular iklan kekosongan jawatan di sebuah restoran makanan Korea di Singapura yang menawarkan gaji bulanan yang tinggi.
Menurut NDTV, gaji bulanan di restoran tersebut bermula dari SGD$2,750 (RM9,449) hingga SGD$3,300 (RM11,339).
Pekerja separuh masa ditawarkan gaji sebanyak SGD$10(RM34) hingga SGD$15(RM51) sejam, manakala pekerja tetap dibayar gaji SGD$2,750 hingga SGD$3,300 sebulan.
Bukan hanya gaji yang menarik perhatian netizen, malah restoran tersebut juga menawarkan insentif lain.
Pekerja akan menerima pelbagai manfaat lain termasuk elaun, kenaikan gaji tahunan, cuti, faedah perubatan dan kesihatan, bonus dua kali setahun, perlindungan insurans serta tajaan melanjutkan kursus pekerja.
Disebabkan iklan tersebut, netizen berpendapat bahawa gaji yang ditawarkan terlihat lebih tinggi berbanding pekerja dalam sektor korporar.
Namun ada juga netizen berpendapat bahawa kos sara hidup tinggi di Singapura menyebabkan gaji ditawarkan itu berpatutan.
“Inilah contoh majikan yang bagus dan mengamgbil berat pekerja,” kata seorang pengguna media sosial.
“Gaji ini lebih tinggi daripada bekerja dalam sektor korporat,” kata netizen lain.
Gaji yang tinggi di satu negara itu mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor, jadi tak hairan negara membangun seperti Singapura mampu membayar pekerja biasa dengan amaun yang tinggi.