Realtime website trackingweb stats

Biarlah wajah nampak kedut tanpa cucuk botoks, Rosyam Nor hanya tanam rambut kasi lebat

Oleh ADINDA

Biarlah wajah nampak kedut tanpa cucuk botoks, Rosyam Nor hanya tanam rambut kasi lebat.

Pelakon, Datuk Rosyam Nor menolak dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan plastik dan suntikan botoks untuk kelihatan muda berbanding usianya.

Kata Rosyam, kaedah-kaedah tersebut, yang dianggap normal pada zaman sekarang, hanya akan memberi kesan negatif kepada mutu lakonannya.

“Saya tak perlu buat semua itu waima cucuk botoks sekalipun. Ia menghalang seorang pelakon menunjukkan reaksi muka ketika berlakon.

“Lagipun tindakan seperti itu ditegah dalam agama. Jadi, saya tak mahu buat sesuatu yang dilarang Islam.

“Biarlah wajah saya menampakkan kedut dan berusia,” katanya ketika ditemui sempena majlis Meet & Greet Usanita baru-baru ini.

Rosyam bagaimanapun mengakui ada menjalani rawatan untuk melebatkan rambutnya.

“Sebanyak 9000 helai semuanya menggunakan teknologi terkini. Selain itu saya hanya jaga pemakanan dan amalkan produk durian belanda untuk kekal sihat.

“Alhamdulillah pada usia 56 tahun saya mampu bergiat aktif, melakonkan babak aksi dan pergi ke lokasi penggambaran tanpa khidmat pembantu dan pemandu peribadi,” kongsinya.

Baca:

Nak elak risiko nyanyuk kena belajar perkara baru, Malaysia yang menuju negara ramai orang tua pun kena contohi

Joging berseluar pendek terlalu singkat kena tumbuk, kes bukan di negara Islam ini menggemparkan

Kucing di negara ini dah wajib dipasang mikrocip, pemilik boleh kena denda hampir RM3,000 kalau ingkar