Realtime website trackingweb stats

Punyalah berang Che Ta Pot Pet tuntut sampai RM16 juta, ini sebabnya pempengaruh kena saman

Oleh ADINDA

Punyalah berang Che Ta Pot Pet tuntut sampai RM16 juta, ini sebabnya pempengaruh kena saman.

Ahli perniagaan kosmetik dikenali sebagai Che Ta Pot Pet memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap usahawan yang juga pempengaruh, Iddin Syah di Mahkamah Tinggi di sini.

Che Ta Pot Pet atau nama sebenar Rozita Baharom, 36, turut mengemukakan permohonan injuksi supaya usahawan berkenaan berhenti memuat naik kenyataan serta memadam hantaran termasuk video yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya sejak Julai lalu.

Peguam, K Mahendran yang mewakili Rozita berkata, dalam tuntutan itu anak guamnya menuntut permohonan maaf daripada Iddin secara terbuka di platform media sosial termasuk akaun TikTok dan Instagram miliknya.

“Kami juga telah mendapatkan injuksi terhadap defendan untuk memadam segala video yang memburukkan nama anak guam saya di mana-mana platform sehingga kes selesai serta-merta,” katanya.

Terdahulu Rozita diwakili Mahendran dan P Vaasu mengemukakan permohonan di hadapan Hakim P Anand.

Hakim mempersoalkan mengapa tuntutan itu dikemukakan terus ke Mahkamah Tinggi dan berpandangan permohonan sedemikian lebih wajar sekiranya dilakukan pada peringkat Mahkamah Sesyen.

Beliau bagaimanapun atas budi bicaranya membenarkan permohonan injuksi yang melarang defendan memuat naik sebarang hantaran atau kandungan berkaitan plaintif sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh 4 September ini untuk pendengaran inter-parte antara kedua belah pihak berhubung tuntutan itu.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan usahawan dan pempengaruh Iddin Syah mendakwa dirinya diperdaya rakan niaga sebanyak RM150,000.

Iddin turut mendakwa individu terbabit gagal membuat bayaran semula jumlah yang dijanjikan bagi tujuan pembayaran sebuah perkhidmatan selain membuat laporan polis berhubung isu itu.

Baca:

Gamers tertua di dunia usia cecah 93 tahun, ada senaman khas buat jari kekal lincah

Wajah berpaling dari kiblat dengan sendirinya, ini akibat persenda Allah dan hina Nabi

Rupanya wujud kumpulan manusia dilahirkan dengan kaki burung unta, paling cekap memburu