Ramadan ini sebenarnya titik tolak untuk menjaga kesihatan buah pinggang tetapi tanpa sedar tubuh kita jadi rosak semasa berbuka puasa.
Organ yang sangat penting dan berperanan mencuci darah dari sisa buangan serta lebihan air yang diperlukan tubuh ini sangat penting dijaga.
Buah pinggang kalau rosak sudahlah tidak menunjukkan simptom yang jelas sehingga dianggap masalah kesihatan biasa.
Itulah sebabnya penyakit buah pinggang dianggap pembunuh senyap yang tidak mempunyai penawar.
Ini 8 cara dan langkah pencegahan awal yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan buah pinggang anda:
1. Amalkan minum air kosong yang banyak dan jus epal
Air dapat melancarkan aliran darah dan membantu membersihkan buah pinggang daripada semua toksin yang terkumpul dalam badan.
Malah, kita juga digalakkan minum lebih daripada tiga hingga empat liter sehari sehari untuk kesihatan.
Jus epal yang kaya dengan Vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.
2. Elakkan ambil ubat tanpa nasihat doktor
Bahan produk khasiat tambahan yang mengandungi bahan kimia seperti raksa, pengawet, warna dan perisa tiruan adalah antara unsur yang boleh mengakibatkan sistem pada buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.
Bahan kimia ini boleh beri tekanan kepada organ berkenaan untuk bekerja keras, sekali gus menggugat kemampuan berfungsi dengan baik yang akhirnya berlaku kerosakan kronik.
3. Kawal makanan tinggi gula dan garam
Mungkin sudah klise tetapi perlu diingatkan berkali-kali bahawa anda perlu kawal makanan tinggi gula dan garam semasa berbuka puasa.
Gula berlebihan boleh mengakibatkan obesiti, sekali gus meningkatkan risiko penyakit buah pinggang.
Garam yang berlebihan dalam tubuh berpotensi mempercepatkan pembentukan batu buah pinggang.
4. Jadikan ikan sebagai diet harian
Ikan jenis memiliki kandungan asid Omega-3 dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia juga mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (GDL).
5. Kurangkan makanan protein
Protein adalah nutrisi penting untuk memberi tenaga.
Bagaimanapun, pengambilan makanan yang memiliki protein tinggi seperti daging secara berlebihan boleh membebankan buah pinggang.
6. Elakkan merokok
Seperti kita ketahui rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang memberi kesan kepada kesihatan badan termasuk buah pinggang.
Tabiat buruk ini boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang, sekali gus mengurangkan fungsi organ itu.
7. Sering bersenam dan hidup aktif
Aktiviti ini dapat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan memban
tu mengawal kandungan gula darah, sekali gus kurangkan risiko kencing manis serta tekanan darah tinggi yang mampu mencegah risiko penyakit buah pinggang kronik.
8. Jalani pemeriksaan secara berkala
Pemeriksaan awal buah pinggang sekurang-kurangnya setahun sekali dapat membantu mencegah penyakit ini menjadi lebih serius.
Jangan ambil mudah terhadap simptom awal masalah buah pinggang dan segera berjumpa doktor.
Perlu diingat, kebanyakan dalam masyarakat kita hanya menyedari menghidap penyakit buah pinggang ketika sudah berada di peringkat serius.
Baca:
Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama
Geli cicak banyak di rumah? Ini cara mudah perangkap guna 2 bahan ini
Bulan puasa tidak menjadi penghalang untuk bersenam, ini 3 waktu terbaik untuk lakukannya