Realtime website trackingweb stats

Zul Ariffin rancang akhiri zaman bujang hujung tahun ini buat patah hati

Oleh NUR KASIH

Pelakon Zul Ariffin memaklumkan dia nekad untuk menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihannya pada hujung tahun ini.

Enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menyatakan rancangan itu sudah lama terbantut dek kerana fasa pandemik Covid-19.

Malah, Zul juga tidak mahu menangguhkan perkara baik memandangkan masing-masing sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab.

“Tak boleh nak kongsikan siapa dia, macam keterlaluan pula kalau perkenalkan sekarang. Sampai masa nanti saya akan dedahkan.

“Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu.

Zul Ariffin rancang akhiri zaman bujang hujung tahun ini buat patah hati

Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, Insya-Allah.

“Saya tidak mahu cakap kosong saja, tapi saya cuba sehabis baik untuk capai perancangan itu tahun ini sebab kalau boleh tak mahu lagi tangguh lama-lama,” katanya.

Zul bagaimana pun menegaskan dia cuba untuk mencapai hasratnya itu pada tahun ini selepas selesai segala komitmen termasuk promosi filem baharu, Sheriff sudah berakhir.

“Buat masa ini saya difahamkan semua pelakon Sheriff akan mengikuti jadual promosi memandangkan filem itu bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini.

“Jadi perancangan berkahwin pada Jun ini memang tak sempat, ikutkan mungkin akhir tahun macam orang selalu buat.

“Sebab itu tiada sebarang persediaan, sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini dan persiapan yang biasa-biasa je,” jelasnya.

BACA:Hari-hari guna tapi ramai masih tak tahu nama penuh 30 lebuhraya di Malaysia