Zul Ariffin dikecam peminat lawat tempat dilarang dan dikutuk Allah, macam dah tak ada tempat lain.
“Makin dilarang pergi ke Kota Al Ula, makin ramai yang pergi.”
Demikian luahan kekecewaan peminat terhadap pelakon sensasi, Zul Ariffin yang dilihat menikmati percutian di Kota Al Ula, Arab Saudi.
Kekecewaan peminat itu disebabkan kawasan tersebut dilarang dikunjungi umat Islam.
“Zul, kenapa dalam banyak-banyak tempat awak harus memilih Al Ula sebagai tempat percutian,” luah peminat.
“Sekarang, yang jadi agensi pelancongan dia (Zul)atau jemaah lain tidak menasihati diakah?” soal pengikut.
Hasil semakan HibGlam, video percutian bintang drama Perempuan Itu telah dimuat naik dalam aplikasi TikTok pada 13 Ogos lalu.
Namun, video tersebut kembali meraih perhatian apabila Kota Al Ula menjadi tular sebagai destinasi pelancongan popular, baru-baru ini.
Untuk rekod, Al Ula terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah SWT kepada kaum Nabi Saleh.
Bahkan, ketika hayat Rasulullah SAW, baginda mengelak daripada singgah di lokasi digelar kota hantu atau kota terkutuk itu.
Selepas beribu tahun sepi, kerajaan Saudi hari ini membuka kota itu sebagai kawasan pelancongan sehingga ia mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.