Realtime website trackingweb stats

Zarul Umbrella dedah sebab apa kapal terbang malapkan lampu sebelum dan selepas mendarat

Oleh NUR KASIH

Kadangkala, apabila kita menaiki kapal terbang, terdapat beberapa prosedur atau peraturan yang perlu dipatuhi demi keselamatan kita.

Contohnya, lampu kabin akan dimalapkan ketika pesawat berlepas dan mendarat pada waktu malam,

Dan ada juga peraturan mudah lain seperti larangan merokok serta kewajipan memasang tali pinggang keledar.

Peraturan-peraturan ini memang sudah diketahui umum dan kita faham mengapa ia perlu diikuti.

Namun, ada juga beberapa prosedur yang membingungkan dan tidak begitu jelas, di mana sebagai penumpang kita tidak selalu tahu mengapa sesuatu tindakan perlu diambil.

Zarul Umbrella dedah sebab apa kapal terbang malapkan lampu sebelum dan selepas mendarat

Salah satu contoh yang sering menimbulkan persoalan adalah mengapa lampu kabin perlu dimalapkan ketika pesawat berlepas dan mendarat pada waktu malam.

Dalam satu perkongsian di media sosial oleh Zarul Umbrella, beliau menjelaskan perkara ini melalui sebuah rakaman video. Zarul, yang merupakan bekas pramugara di Malaysia Airlines selama 17 tahun, menyatakan bahawa

lampu kabin perlu dimalapkan kerana ia berkaitan dengan mata kita, khususnya pada bahagian iris.

Menurutnya, mata manusia perlu disesuaikan dengan kegelapan luar pesawat supaya apabila berlaku kecemasan atau kemalangan yang tidak dijangka, mata kita sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut.

Ini penting untuk mengelakkan perubahan mendadak dalam jumlah cahaya yang masuk ke mata, yang boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur sementara.

Selain itu, tindakan ini juga bertujuan mengelakkan kita daripada mengalami pinar mata jika lampu tiba-tiba dinyalakan.

Oleh itu, lampu kabin akan dimalapkan ketika pesawat hendak mendarat, untuk memastikan mata kita lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan keselamatan kita lebih terjamin.

BACA: Bukan calang-calang latar belakang remaja score subjek sejarah 100 peratus