Arsène Wenger merupakan seorang pengurus bola sepak Perancis yang mengurus kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal dari tahun 1996 hingga 2018. Beliau merupakan pengurus paling lama dan paling berjaya dalam menguruskan kelab itu.

Bermula sebagai seorang budak yang tidak profesional sahaja akhirnya menjadi pengurus lagenda membawa sebuah kelab bolasepak disegani dalam Liga Inggeris.

Beliau dilantik sebagai pengurus Arsenal pada 1996; beliau telah memenangi kedua-dua Liga dan Piala FA pada tahun berikutnya. Kelab dibawah bimbingan Arsene Wenger itu sekali lagi menjuarai double Liga dan Piala FA; mereka juga memenangi Piala FA Inggeris pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2004, Arsenal telah memenangi Liga tanpa sebarang kalah iaitu sebanyak 49 perlawanan dan merekodkan kelab paling lama tidak kalah dalam rekod bola sepak Inggeris. Pada tahun 2006, kelab itu berjaya ke perlawanan akhir Juara-Juara Eropah tetapi kalah kepada kelab Sepanyol, FC Barcelona.

Beliau diberi gelaran “Le Professeur” yang sering digunakan oleh peminat dan media-media Inggeris. Dibawah bimbingan Wenger, Arsenal telah dikritik kerana mengumpul 100 kad merah dari September 1996 hingga Februari 2014, walaupun telah memenangi anugerah sukan adil.