Pelakon dan model Zahnita Wilson diminta menjalani ujian saringan air kencing ketika memohon polis pengiring untuk bertemu suaminya,
Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor, lapor media tempatan. Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mengakui
Dia tidak mengetahui punca sebenar permintaan itu, namun bersetuju melakukannya.
Dalam sesi siaran langsung bersama media di Facebook Sinar Harian, Zahnita mendedahkan
Bahawa keputusan ujian tersebut menunjukkan dia negatif dari sebarang penggunaan bahan terlarang.
“Tiada apa yang hendak saya sorokkan dan ternyata keputusannya negatif,” katanya.
Zahnita turut berkongsi tentang halangan yang dihadapinya ketika mahu mengambil dua anak perempuan mereka yang masih tinggal bersama Abdul Zackery.
Dia memfailkan permohonan cerai pada 3 Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang, dan memperoleh hak penjagaan sementara pada 6 Disember lalu.
Pada 9 Disember, Zahnita juga berjaya mendapat perintah perlindungan interim (IPO) dari Mahkamah Majistret Kuantan untuk melindungi diri serta anak-anaknya dari Abdul Zackery.
BACA: Sufi Rashid beritahu alasan kenapa dia tak mahu dedahkan muka anaknya