Realtime website trackingweb stats

Yoga sebahagian daripada Hinduisme – Presiden Yoga Malaysia

Oleh ARIF ABDULLAH

Pada asalnya, yoga dianggap sebagai senaman fizikal dan mental tradisional dari India yang memberi manfaat kepada pengamalnya.

Namun, umat Islam kini dinasihatkan untuk tidak menyertai atau mengamalkan yoga kerana amalan tersebut dipercayai berasal daripada ritual agama Hindu.

Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA), Prof. Dr. Lingham Pillai, menyampaikan perkara ini

kepada pendakwah bebas, Firdaus Wong, dalam satu pertemuan di pejabat Firdaus di Setapak baru-baru ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Firdaus menceritakan bahawa Dr. Lingham meminta bantuannya

Yoga sebahagian daripada Hinduisme - Presiden Yoga Malaysia

untuk menyebarkan kesedaran kepada umat Islam supaya tidak terlibat dengan amalan yoga, kerana ia bercanggah dengan fatwa.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Dr. Lingham menyatakan kebimbangannya dengan memberikan bukti bahawa yoga berasal daripada ritual agama Hindu.

“Sebagai seorang Hindu, saya tahu bahawa yoga adalah sebahagian daripada Hinduisme. Umat Islam harus menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Jakim yang melarang mereka daripada menyertai yoga.

“Ada segelintir guru yoga yang cuba menarik umat Islam dengan mengatakan yoga dapat membantu mereka menjadi Muslim yang lebih baik.

Tetapi bagaimana sesuatu yang berasal daripada Hinduisme boleh menjadikan mereka Muslim yang lebih baik?” katanya.

Firdaus turut mendedahkan bahawa terdapat pihak yang menyalahgunakan logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan untuk mempromosikan yoga kepada orang awam, termasuk umat Islam.

Berikutan itu, perjumpaan telah diadakan antara Firdaus dan wakil kedua-dua organisasi tersebut. Laporan polis juga telah dibuat terhadap pihak yang didakwa menyalahgunakan logo berkenaan.

BACA: Akibat main air banjir tak pakai pampers, faraj kanak-kanak berdarah gara-gara lintah dah masuk dalam!