YDP Agong tidak berkenan diadakan PRU ketika ini

Oleh ADINDA

Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu pilihan terbaik dalam menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pelaksanaan PRU15 bukan jalan terbaik kerana faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat negara ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Isnin, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sehingga 10 Ogos 2021, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah COVID-19.

Baca Artikel Penuh