Yasuke Samurai Afrika tanpa prejudis perkauman

Oleh ADINDA

Mungkin ramai tak tahu dekat Jepun, pernah ada African samurai. Pelik kan?
Macam mana orang Afrika boleh jadi samurai dekat Jepun?

Yasuke, dikatakan berasal dari Mozambique tiba di Kyoto sekitar tahun 1579. Dipercayai merupakan seorang hamba, dia dibawa oleh pendakwah Kristian Portugal, Alessandro Valignano untuk menyebarkan agama Kristian di Jepun masa tu.

Sebabkan bentuk fizikal Yasuke ni sangat berbeza dari orang Jepun, jadi orang Jepun masa tu sangat hairan dan berebut-rebut nak tengok Yasuke sampai ada yang mati kena pijak. Dahsyat sungguh.

Sebuah lukisan Jepun yang menggambarkan sekumpulan pedagang Portugis “Nanban” pada abad ke-17. Individu dari Afrika, seperti Yasuke, boleh menjadi rakan kapal, hamba atau orang suruhan di kapal Portugis pada era ini. Foto: Wikipedia

Yasuke dikatakan mempunyai ketinggian 1.88m, memang tinggi lah kalau nak banding dengan ketinggian orang Jepun masa tu sekitar 1.57m je. Kulit Yasuke yang gelap & kekuatan fizikal Yasuke digambarkan “seperti kekuatan 10 orang lelaki” telah menarik minat Oda Nobunaga, iaitu seorang daimyo (pemerintah) Jepun yang berpengaruh ketika itu.

Yasuke dan Oda dikatakan mempunyai banyak persamaan dan menjadikan mereka cepat mesra. Yasuke juga fasih berbahasa Jepun memudahkan komunikasi antara mereka . Dalam tempoh setahun, Yasuke jadi samurai.
Again, not all stories have happy ending.

Pada tahun 1582, Jeneral Oda sendiri, Akechi Mitsuhide serang Oda di Kyoto. Kira tikam dari belakang lah ni, motif serangan masih tak dapat dikenalpasti. Oda akhirnya lakukan seppuku, iaitu ritual bunuh diri sebelum ditangkap musuh.

Selepas kematian Oda, sekurang-kurangnya 2 kali Yasuke berperang untuk Oda lepas tu. Nasib Yasuke selepas tu tak dapat dikenalpasti sebab dah tak ada catatan mengenainya selepas tahun 1582.

Cerita pasal Yasuke ni ada dalam siri anime Netflix “Yasuke” dan filem Hollywood pun ada buat pasal Yasuke yang dilakonkan oleh “Black Panther” iaitu Chadwick Boseman.

Setia sungguh dia pada daimyo, walaupun lain bangsa, lain budaya, sanggup mati mempertahankan daimyo. Tapi… kadang kita pun takde la baik mana sebab ada orang kata (sebilangan) kita ni #RakyatSampah . Yeke?

#CatatanZunitaDiJepun

Zunita Ramli merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun. Banyak berkongsi tentang Jepun dalam bentuk penulisan dan video perkongsian. Boleh ikuti perkongsian Zunita Ramli di Facebook dan Instagram.