Rimas dengan satu demi satu aib keluarga Shila Amzah dihebahkan, bukan sahaja netizen, penyanyi Datuk Hattan pun tampil bersuara.
Penyanyi senior itu menasihatkan ahli keluarga Shila Amzah tidak lantang membuka pekung keluarga sendiri dalam media sosial yang pada akhirnya memalukan diri mereka.
Bagi penghibur berusia 59 tahun itu, masalah melibatkan adik-beradik sepatutnya dibincangkan antara mereka sahaja tanpa campur tangan orang luar yang tidak mengetahui apa-apa.
“Dalam institusi keluarga, kalau bergaduh sesama adik-beradik, jangan kita heboh dekat orang luar, buat apa kita nak buka aib keluarga kita.
“Itu tak betul, ini tak benar, apa manfaatnya kita cerita di media sosial sedangkan netizen semua orang luar, yang untung orang luar dapat ‘like’ dan ‘content’ banyak, kita hanya dapat malu sahaja.
“Bergaduh adik-beradik itu biasa, air dicincang takkan putus, lebih baik duduk semeja dan berunding secara elok-elok,” katanya menerusi sebuah hantaran video dalam media sosial.
Beliau juga yakin semua masalah ada jalan penyelesaian dan atas dasar itu, perlu wujud toleransi terutama dalam kalangan ahli keluarga.
“Bayangkan bergaduh bagai nak rak tapi hujung-hujung kembali berbalik, tidakkah cela semua itu.
“Saya percaya tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan, apapun berundinglah secara damai,” katanya lagi.
Perang mulut keluarga Shila tercetus apabila adik bongsunya, Syada Amzah memuat naik hantaran mencari rumah sewa dengan mendakwa akan diusir keluar dari rumah yang didiami bersama ibu mereka.
Shila dalam reaksinya pula menerusi siaran langsung di Instagram mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta kad pengenalan sehingga berumur 28 tahun.
Penyanyi yang menempa nama hingga ke China itu juga menerangkan mengapa beliau menjual rumah miliknya.
Beliau turut menceritakan tentang sikap Syafiq Amzah dan Syada. Konflik makin panas apabila ibu mereka, Fauziah Sarman pun sakan bersuara.
Baca:
Jadi penaja program realiti tapi tak ‘over’ macam Datuk Vida, rupanya Wawa nak menari pun segan
Bakal jejak usia 40 tahun, rupanya Zizan cukup jaga pemakanan, target badan ‘sado’ tahun depan