Realtime website trackingweb stats

Yang rasa diri dah gangster sebenarnya belum diuji lagi kental jiwa lakukan aksi ekstrem ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Memang ada dalam masyarakat kita jenis angkuh rasa diri sudah hebat sehingga berlagak gangster sama ada secara bersemuka mahu pun semasa memegang stereng kereta.

Namun, bukan semua ‘gangster’ terbabit jiwa kental untuk melakukan aksi ekstrem seperti terjun dari payung yang tinggi bersama muatan berat.

Itu sebabnya, tentera sebagai insan yang berserah diri kepada negara perlu diangkat jasa dan bakti serta diberi keistimewaan pencen.

Yang rasa diri dah gangster sebenarnya belum diuji lagi kental jiwa lakukan aksi ekstrem ini

Sesi latihan sahaja sudah menyesakkan dada dan mendera mental belum lagi berdepan dengan peperangan sebenar!

Ikuti perkongsian pengalaman Syafi’e Abdul Shukor yang ‘rare’ dan jarang diketahui orang awam ini sehingga sudah meraih lebih 25,000 tanda ‘like’:

Kau tak cukup gangster lagi kalau…

Tak merasa lagi terjun payung dengan bawak beban pack hampir 40 kg di tengah-tengah sawah padi yang masih basah.

Terjun payung ni senang je sebenarnya tapi proses nak hadap penerjunan tu fuhh… tuhan je yang tau.

Time on Target jam 0700H tapi Battle Prosedure & Parafit sejak sebelah malam lagi dah berlaku.

Kena pula macam ni. Landing betul-betul di tengah sawah padi yang masih basah. Fuh!! 100% tenggelam dalam sawah. Basah!

Pack, senjata dan peluru yang hampir 40 kg tu basah 100%.

Campur lagi dengan payung terjun yang beratnya hampir 30 kg pun turut 100% basah sekali. Jadi, berat memang bertambahlah.

Nak lagi ‘manis’, tanah lembik. Setiap langkah pasti akan tenggelam. Memang kau bergerak macam sibut babi OKU lah jawabnya.

Masa ni memang kau sumpah seranahlah siapa yang pilih Drop Zone (DZ) ni.

Kalau yang acah-acah cukup gangster di luar tu mai datang buat kerja ni.

Rasa sikit pun jadilah join kami sehari dua je. Sebab saya nak tengok gangster kau tu duduk kat mana. πŸ˜‚

Dapat keluar DZ je terus cari perlindungan untuk ambil nafas sekejap.

Tengah sedap-sedap lurus kaki, tiba-tiba Bedman saya L/Kpl Fahmi offer rokok Dunhill.

Fuhh!! Nikmat dia Tuhan je yang tau.

Dalam kepenatan dan sedang menikmati rokok, tiba-tiba ternampak L/Kpl Fahmi simpan rokok & lighter dia dalam plastik putih Samsung.

Nasib kaulah Fahmi siapa suruh tunjuk plastik putih depan aku. Memang kena ketuk dan kena bebellah πŸ˜‚. Hantu raya betul budak ni. Bedman aku pulak tu adoi πŸ€¦πŸ»β€β™‚οΈ

Kau ingat bagi rokok boleh settle ke? πŸ˜‚ Malu wei kalau orang lain nampak. Kalau Panglima yang nampak pula, pishang kita berdua kena kat tengah-tengah sawah niπŸ€¦πŸ»β€β™‚οΈ

Mana ada askar bawak plastik Samsung putih comel masa tactical movement. Buat jatuh standard OC Bravo je kau ni πŸ˜‚

Kenangan mengusik jiwa semasa latihan di utara Malaysia. Terima kasih Nor Efendi Abd Wahab adalah sedikit kenangan dengan gambar ni.

Begitulah kami semasa bekerja. Saya sayang semua anggota saya. Saya sanggup mati untuk mereka dan mereka juga sanggup mati untuk saya.

Ye lah kita ni askar combat. Manalah ada kenangan gambar-gambar macam ni bagai kan Fahmi? Bila ada orang curi-curi ambil gambar kita sebagai kenangan, adalah memori tu sikit.

BG Eagle – Pantang Maut Sebelum Ajal

Baca:

Cara luar biasa goreng kacang tanah guna β€˜gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa

Netizen tergamam tengok DBKL sita Food truck halang laluan ramai

Tidak hairanlah sangkut β€˜jammed’ selama 12 hari sejauh 100KM, rupanya negara ini pengeluar terbesar kenderaan