Realtime website trackingweb stats

Yang masuk restoran dah kurang, pesanan ‘online’ pun sama, ‘rider’ akui boikot Israel bukan main-main

Oleh AHMAD ISMAIL

Rata-rata penghantar makanan atau ‘rider’ mengakui solidariti Palestin dengan memboikot restoran makanan segera dan kopi terkenal yang dikaitkan dengan Israel bukan main-main.

Orang ramai dilihat memang boikot sungguh-sungguh apabila yang masuk restoran dah kurang dan pesanan ‘online’ pun sama.

Menurut seorang ‘rider’, Aimar Haikal Khasnan, 24, pesanan bagi restoran kopi itu sudah tidak diterima sejak minggu lalu.

“Saya dah tak dapat pesanan membabitkan kopi terkenal itu sejak minggu lalu. Kalau sebelum ini, dalam sehari memang ada.

“Ini sudah masuk minggu kedua memang tak ada langsung. Di kedai pun kadang saya tengok kosong, tidak ada pelanggan.

“Bagi restoran makanan segera pula masih ada tapi tidak sebanyak kebiasaan. Contohnya, macam dulu, setiap pagi pesanan untuk menu sarapan sentiasa ada dan banyak, sekarang jarang.

“Memang ketara pengurangan itu,” dipetik Harian Metro.

Hal sama turut diakui seorang ‘rider’ di restoran makanan segera yang enggan identitinya didedahkan.

Katanya, pesanan makanan melalui aplikasi dan dalam talian turun mendadak.

“Memang nampak kali ini orang kita betul-betul boikot. Mereka tak cakap saja, tapi berjaya buktikan.

“Bukan saja pelanggan berkurang masuk ke restoran, tapi pesanan dalam talian pun sama.

“Macam kami ‘rider’ ada sasaran ditetapkan setiap hari namun sejak kempen boikot dijalankan pesanan berkurang dan tak capai sasaran pun. Memang terkesan.

“Bukan saja di restoran tempat saya ini, tapi hampir di kebanyakan tempat. Kalau di kawasan bandar pun orang boikot apatah lagi di luar bandar,” katanya.

Sehingga ini, lebih 8,000 rakyat Palestin terkorban manakala ramai lagi dikatakan tertimbus dalam runtuhan bangunan akibat pengeboman tanpa henti daripada tentera pengganas Israel.

Baca:

“Nabil ni dia tak ada sensor pintar, terima je lah dengan redha”- Azharina

Susah tidur walaupun negara aman, 10 amalan ini pasti dapat bantu anda lebih lena

“Skrin telefon lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas”, ini 10 fakta unik tentang kesihatan badan manusia