Realtime website trackingweb stats

Waze punya pasal, lelaki sesat 6 jam dalam felda di Kedah, menangis kebingungan

Oleh AHMAD ISMAIL

Gara-gara menggunakan aplikasi pemandu Waze untuk pulang ke rumah saudaranya di Sungai Petani, seorang penunggang motosikal sesat selama kira-kira enam jam di kawasan hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Lelaki yang berumur 32 tahun itu bekerja di Pulau Pinang dan baru saja selesai beraya di rumah kawan di Sungai Lalang.

Walaupun dia merancang untuk bermalam di rumah abangnya di Sungai Petani dengan bantuan aplikasi trafik Waze, namun dia tersesat sehingga terperangkap dalam kawasan hutan sekitar jam 1 pagi.

Zulkhairi Mat Tanjil, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, menyatakan bahawa pihaknya beritahu tentang kejadian tersebut oleh mangsa pada kira-kira jam 7 pagi.

Beliau menjelaskan bahawa pihak bomba cuba mencari mangsa yang tersesat dengan mengikuti petunjuk dari penduduk kampung.

Waze punya pasal, lelaki sesat 6 jam dalam felda di Kedah, menangis kebingungan

“Difahamkan, mangsa menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, namun buntu sehingga memasuki kawasan hutan yang tiada liputan telekomunikasi.”

“Sehingga jam 7 pagi, mangsa cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba,” katanya.

Berdasarkan penjelasan Zulkhairi, selepas operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan, mangsa ditemui pada jam 8.10 pagi di dalam hutan dengan jarak lebih kurang 10 kilometer dari jalan raya.

Keadaannya sangat lemah, terketar-ketar, dan menangis disebabkan oleh rasa panik dan kebingungan.

“Kita memberi rawatan awal dan menenteramkan mangsa, seterusnya dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur dan dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Baca:

Proses masak yang minima, resipi kuih getas lembut sungguh menyelerakan, cubalah!

Sebelum pergi hospital, cek dulu sistem pencernaan badan guna kunyit hidup, gosok-gosok je!

Kenapa batang pokok sawit dihiris jadi kepingan kecil? Ini sebabnya, yang penting dapat elak serangan binatang ini