Realtime website trackingweb stats

Waspada cuaca ekstrem musim monsun bermula 11 November, ini 10 fakta wajib penduduk di kawasan berisiko tahu

Oleh ADINDA

Penduduk di kawasan tanah rendah dan berada di sekitar lembangan sungai perlu waspada dengan cuaca ekstrem musim monsun kali ini yang dijangka bermula 11 November.

Ini 10 fakta wajib tahu bagi meminimumkan kerosakan harta benda malah kehilangan nyawa:

1. Sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat bakal berlaku sepanjang tempoh musim tengkujuh kali ini bermula pada 11 November ini dan berterusan sehingga Mac 2024.

2. Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak dalam fasa awal monsun mulai November hingga Januari 2024.

3. Jika luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

4. Banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir boleh berlaku sekiranya hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari.

5. Risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem jika hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.

6. Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

7. Terdapat 4,795 lokasi meliputi sekurang-kurangnya 67 daerah di seluruh negara berisiko banjir.

8. Penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa merujuk pada kemaskini laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), https://publicinfobanjir.water.gov.my/

9. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemantauan dan tinjauan cuaca setiap tiga jam dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

10. Di Selangor, 52 kawasan berisiko banjir dikesan dan kelengkapan bantuan asas banjir disediakan untuk kira-kira 10,000 mangsa, iaitu kenaikan sekali ganda berbanding jumlah persiapan untuk bah sebelum ini.

Baca:

Lama Israel mengganas tapi tak mudah hapuskan Hamas, ini sebab mengapa pejuang Palestin digeruni Zionis

Afieq Shazwan rupanya seminggu murung babak ‘panas’ dikecam, ini nasihat Kak Fasha

Penolong pegawai penyiasat trafik sanggup datang rumah, ini makna mudahkan urusan orang