Beberapa hari yang lalu, banyak yang terkesan dengan kejayaan pengaruh media sosial, Khairul Aming, yang berjaya menjual 80 ribu unit produk terbarunya, iaitu Dendeng Nyet Berapi, dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja.
Sungguh luar biasa!
Namun, dalam masa yang sama, ada juga warganet yang ingin mengetahui daripada mana kilang Khairul Aming yang terletak di Kota Bharu, Kelantan memperoleh sumber air bersih.
Ini kerana kita sudah tahu bahawa bekalan air bersih di Kelantan memang ada masalah di beberapa tempat.
Ada orang lain pula yang fikir mungkin Khairul Aming sudah pasang penapis air yang bagus di kilangnya.
Tak hanya itu, ada juga yang kata tidak semua kawasan atau daerah di Kelantan ada masalah air kotor kerana memang ada kawasan yang airnya bersih.
Untuk makluman semua, kebanyakan penduduk di Kelantan guna air telaga tiub atau air boring untuk dapatkan air bersih di rumah masing-masing.
Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman ialah seorang yang terkenal di Instagram atau dikenali sebagai selebriti dalam dunia media sosial di Malaysia.
Ramai orang menganggap video tutorial memasak beliau unik dan berbeza kerana ia menggabungkan unsur drama dan komedi.
Resipi yang ditunjukkan adalah mudah supaya mudah difahami oleh semua orang dalam masa yang singkat.
To grow further, kita akan tambah kilang kedua yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti pic.twitter.com/Hm54jgRxUc
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Baca:
Dulu kecoh menyondol, heboh pula anak Abby nikah senyap-senyap di Songkhla
Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang
‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!