Realtime website trackingweb stats

Wanita tampil beri penjelasan Selepas tular ziarah kubur Kristian

Oleh NURAIMAN

Seorang wanita dari Sabah kini menjadi bahan kecaman netizen rentetan dengan hantaran yang dimuat naik

Ada yang memperlihatkan dirinya sebagai seorang wanita Islam menziarahi pusara agama Kristian.

Difahamkan ia sempena hari upacara yang dinamakan sebagai All Souls Day pada awal November lepas.

Video tersebut tular dan biarpun ramai yang mengecam, ada juga yang menyebelahi wanita ini

Dengan menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal di Sabah dan Sarawak kerana ahli keluarga mereka yang berbilang kaum.

Wanita tampil beri penjelasan Selepas tular ziarah kubur Kristian

Ambil cakna tentang penularan video tersebut, tuan empunya badan yang dikenali sebagai Si Miss Nena terpanggil untuk tampil memberikan penjelasan menerusi TikTok miliknya.

Si Miss Nena menjelaskan bahawa pada waktu itu dia ke Lahad Datu untuk satu urusan namun, secara kebetulan, ibunya memaklumkan bahawa All Souls Day sudah hampir.

Ibunya kemudian bertanya sama ada dia boleh mewakili keluarga untuk melawat kubur neneknya, menyalakan beberapa lilin dan meninggalkan beberapa bunga untuk neneknya.

@simissnena_all souls day 🩷🙏🏻 #fyp #simissnena

♬ Oceans Hillsong United – gospelreells


“Masa saya melawat kubur itu sebenarnya ada orang Islam yang bertudung melawat datang dia orang punya saudara mara, nenek dia orang, jadi saya dipesan oleh ibu saya ‘saya ada mimpi mamak (ibu) saya, saya rindu dia, bolehkah kau wakil nenekmu di sana untuk melawat’”.

Dia juga menjelaskan bahawa dia ke pusara itu hanya menyalakan lilin seperti mana yang diminta oleh ibunya, dia juga menegaskan bahawa dia tidak melakukan sebarang upacara yang aneh di situ.

“Saya hanya pasang (lilin) tanpa niat, tanpa apa-apa pun, ritual semua tak ada.”

Oleh itu, wanita ini juga turut memberikan pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang tinggal di Semenanjung bahawa tidak dinafikan ia mungkin agak sensitif, tetapi di Sabah dan Sarawak ia adalah satu perkara normal.

“Kalau di bahagian Sabah dan Sarawak bagi dia orang ia normal sebagai tanda hormat.”

Tegasnya dia juga mempunyai pendirian sebagai individu yang beragama Islam namun, masih ada adat, jadi baginya hanya melakukan sebagai tanda hormat tanpa sebarang niat.

Namun begitu, dia juga menjelaskan bahawa dia pada mulanya tidak tahu tetapi kini memahami bahawa adalah salah bagi orang Islam untuk mengambil bahagian dengan menyalakan lilin dan bersikap terbuka dengan teguran itu.

Namun begitu, dia meminta ramai orang yang memberi komen mengenai perkara ini agar belajar untuk menyampaikan mesej mereka dengan cara yang lebih baik bagi mencegah penyebaran negatif di kalangan mereka yang berbeza agama.

BACA: Geram tak tahan tengok saiz ikan, lelaki selamba memancing dalam pusat beli belah The Mines tapi ‘kumpau’