Kedengarannya pelik tetapi benar, Ally Opfer, seorang wanita berusia 26 tahun, baru menyedari dirinya hamil hanya 30 minit sebelum melahirkan bayinya pada tahun 2016.
Sebelum itu, dia tidak menyedari kehamilannya kerana ujian kehamilan yang dilakukan sebelum ini
Dia menunjukkan keputusan negatif dan perutnya juga tidak membesar seperti wanita hamil lainnya.
Menurut laporan Portal Mirror, Ally menganggap kelahiran bayinya sebagai hadiah Krismas yang paling berharga.
Ibu muda dari Cleveland, Amerika Syarikat ini berkata dia sedang bersiap untuk pergi ke latihan pasukan sorak ketika
dia mula merasakan sesuatu yang pelik tetapi enggan mempercayai bahawa ada yang tidak kena dengan dirinya.
“Saya tidak menyangka saya hamil. Ya, haid saya tidak teratur, tetapi itu memang kebiasaan bagi saya.
“Malah, berat badan saya juga tidak naik, tiada keletihan atau pergerakan aneh. Perut saya rata dan saya rasa mustahil untuk mempunyai bayi.
“Namun, kerana rasa sakit yang kerap datang, saya setuju untuk menjalani ujian kehamilan bagi memastikan. Walaupun keputusan ujian menunjukkan negatif, sakit semakin teruk,” katanya.
Beberapa jam kemudian, rasa sakit yang tidak tertanggung memaksanya untuk pergi ke hospital.
Dia sangat terkejut apabila doktor memberitahu bahawa dia mempunyai ‘sesuatu’ dalam perutnya dan bertanya sama ada dia menghidap kanser.
“Sebaik sahaja saya menjawab ‘tidak’, doktor berkata, ‘baiklah, anda hamil kira-kira 38 minggu,’” katanya.
Dia terkejut, tetapi berjaya melahirkan anak lelaki pertama dalam keluarganya melalui pembedahan pada 21 Disember 2016.
Bayinya, yang dinamakan Oliver, seberat 3.17 kilogram dan dilahirkan dalam keadaan sihat. Namun, berita tentang kehamilannya hanya tular di media sosial baru-baru ini.
Ally menyatakan bahawa dia menyambut Krismas yang paling indah dalam hidupnya.
“Oliver kini berusia empat tahun, pintar dan penuh keceriaan.
“Dia menjadikan saya ibu yang paling bahagia di dunia dan setiap kali Krismas tiba, ia menjadi hari yang istimewa kerana Oliver. Dia adalah hadiah Krismas terbaik,” katanya.
BACA: Terbeli kereta kemalangan, lelaki kongsi cara ketahui kereta pernah kemalangan atau tidak