Realtime website trackingweb stats

Wanita stress tiba-tiba minyak keluar dari lantai rumah? Individu dedah puncanya

Oleh ABDULLAH HAMID

Masalah yang dihadapi oleh seorang penghuni rumah mungkin kedengaran aneh, tetapi itulah realiti yang dihadapi setiap hari

Mungkin anda pernah mengalami perkara serupa, atau mungkin ini adalah kali pertama anda mendengarnya.

Bayangkan, setiap hari lantai rumah dipenuhi dengan minyak yang muncul entah dari mana. Walaupun telah dibersihkan berulang kali,

termasuk dengan mop dan pelbagai cara lain seperti menutup dengan tikar getah dan menyapu cat epoxy, namun minyak tersebut terus keluar tanpa henti.

Pengalaman tidak menyenangkan ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Syuhada’ Nazeri.

Wanita stress tiba-tiba minyak keluar dari lantai rumah? Individu dedah puncanya

“Saya baru saja membeli sebuah rumah yang baru siap. Peliknya, setiap hari minyak keluar dari lantai. Saya telah mencuba membersihkan dan mengelap rumah berulang kali.

“Saya juga mencuba menutup dengan tikar getah, tetapi minyak masih berkumpul di bawahnya.

“Saya meminta kontraktor untuk menyapu cat epoxy, tetapi minyak masih keluar dalam jumlah yang banyak,” katanya sambil berkongsi gambar lantai rumahnya yang berminyak.

Soalan yang timbul, apakah yang sebenarnya menyebabkan minyak ini keluar dari lantai? Adakah ia berpunca dari bahan pembinaan, masalah tanah, atau mungkin ada kebocoran dalam paip yang tersembunyi?

Pengguna Facebook lain, Hafiz Sanee, berkongsi pengalaman dan pendapat berkaitan dengan punca masalah ini.

“Mungkin sebelum ini, lantai tersebut digunakan sebagai tempat menyimpan sisa minyak masak, atau mungkin terdapat paip yang pecah di dalam tanah.

“Saya pernah menghadapi kes seperti ini di mana minyak keluar dari celahan mozek. Walaupun telah dibersihkan menggunakan waterjet dan simen di celahan mozek telah ditanggalkan, minyak masih terus keluar.

“Pemilik rumah akhirnya terpaksa memanggil kontraktor untuk memecahkan lantai dan menggali tanah di bawahnya. Tanah dan pasir di kawasan tersebut penuh dengan minyak.

“Minyak tersebut berasal dari penyewa sebelumnya yang menjalankan perniagaan menggoreng dan sering melakukan aktiviti tersebut di situ.

“Minyak dibuang melalui paip di situ yang akhirnya tersumbat dengan lemak dan pecah. Itulah punca sebenarnya,” jelasnya.

Hafiz turut berkongsi cara untuk menangani masalah ini, iaitu dengan menggali tanah di bawah lantai dan membaiki paip yang pecah.

Proses ini mungkin memerlukan hampir setengah lori tanah untuk menggantikan tanah yang tercemar.

Bagaimanapun, jika masalah ini berlarutan, disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar atau kontraktor profesional yang berpengalaman. Mereka mungkin dapat memberikan penyelesaian yang lebih khusus dan efektif.

BACA: Cara berbeza lelaki dan wanita susun kotak di tempat tinggi ramai baru tahu