Realtime website trackingweb stats

Wanita setuju jual suami kepada perampas dengan harga RM30 ribu

Oleh FATIN AQILAH

Selepas menerima bayaran tersebut, Ramya terus meninggalkan suaminya yang tidak berguna itu.

Seorang wanita di Karnataka, India, sanggup ‘menjual’ suaminya kepada kekasih lelaki tersebut dalam satu insiden yang jarang berlaku.

Rumah tangga pasangan ini mula bergolak apabila suami tinggal bersama kekasihnya dan hanya pulang ke rumah isteri selepas tamat waktu kerja.

Isteri, Ramya, yang menyedari kecurangan suaminya, bertengkar dengannya.

Apabila Ramya mengetahui tempat tinggal wanita yang sedang merampas suaminya, dia segera menemui wanita tersebut.

Wanita setuju jual suami kepada perampas dengan harga RM30 ribu

Semasa perbincangan antara Ramya dan wanita perampas itu, Ramya memberitahu bahawa dia menghadapi beban hutang yang berat.

Wanita perampas kemudian menawarkan untuk membayar semua hutang tersebut sekiranya Ramya bersetuju bercerai dengan suaminya.

Ramya terkejut dengan tawaran itu tetapi bersetuju kerana suaminya sudah tidak mahu tinggal bersama dengannya lagi.

Walaupun Ramya menuntut bayaran sebanyak 1.7 juta rupee (RM100,000), wanita perampas hanya memberikan 500,000 rupee (RM30,000).

BACA: “Jualan meletop!” Bermodalkan daun ketapang dikutip tepi jalan, lelaki berjaya jadi jutawan